Semakan Keputusan Pengambilan Pelajar Tingkatan 1 Rancangan Khas Pendidikan

Kementerian Pelajaran dan Yayasan Selangor telah menganjurkan program Rancangan Khas Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tujuan pengambilan dan penempatan pelajar-pelajar tingkatan satu ke sekolah-sekolah terkemuka di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan negeri Selangor Darul Ehsan serta tinggal di asrama-asrama Yayasan Selangor untuk membantu pelajar-pelajar miskin tetapi berpotensi cemerlang dalam pelajaran dengan memberikan kemudahan-kemudahan pelajaran kepada mereka.

Semakan keputusan kini boleh dibuat di laman sesawang yayasan Selangor.

Baca juga:

SAPS Ibu Bapa 2022 – SAPS Result (KPM)Semakan BKM Fasa 1 – Tarikh Rasmi Pembayaran & Status PermohonanTarikh Semakan Keputusan:

Keputusan boleh disemak pada 14 Mac sehingga 26 Mac 2022.

Syarat Kelayakan:

Berkut adalah syarat-syarat kelayakan untuk memohon:

Murid Tahun 6 / 2021 yang mendapat sekurang-kurangnya TP3 dalam semua matapelajaran Pentaksiran Bilik Darjah Tahun 6 di sekolah rendah.Murid Tahun 6 / 2021 yang bersekolah rendah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia atau sekolah rendah swasta yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (keutamaan diberi kepada murid luar bandar).Murid Tahun 6 / 2021 dari keluarga yang mempunyai pendapatan per kapita (pendapatan ibu bapa bahagi jumlah isi rumah) kurang daripada RM2,000 sebulan.Warganegara Malaysia.Sihat fizikal, mental dan emosi dengan mendapat pengesahan doktor.Cara Permohonan:

Berikut adalah cara-cara permohonan:

Langkah 1: Layari laman sesawang Yayasan Selangor.

Langkah 2: Lengkapkan maklumat yang diminta.

Langkah 3: Mencetak borang permohonan atas talian yang telah lengkap

Langkah 4: Hantar beserta dengan dokumen yang diperlukan ke Bahagian Hal Ehwal Pelajar melalui serahan tangan atau melalui pos sebelum atau pada 11 Februari 2022

Dokumen Sokongan:

Berikut adalah dokumen sokongan yang perlu disediakan:

1 Salinan Keputusan PBD (Pentaksiran Bilik Darjah).1 Salinan Keputusan UPKK (sekiranya ada).1 Salinan Sijil PAJSK.1 Salinan Kad Pengenalan Pemohon , ibu, bapa/penjaga.1 Salinan Sijil Lahir Pemohon,Ibu atau bapa –(Bagi pemohon/ibu/ bapa yang tidak lahir di Selangor , sila isi Borang Pengesahan Pemastautin)1 Salinan Slip Gaji Ibu,Bapa/Penjaga – (Bagi ibu,bapa/penjaga yang tidak mempunyai slip gaji, sila isi Borang Pengesahan Pendapatan).

Nota: Semua dokumen perlu disahkan terlebih dahulu oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A (Pengurusan dan Profesional/ PengerusiJKKK/ Penyelia Pembangunan Mukim/ Penghulu/ Ketua Kampung dan yang setaraf dengannya.

Muat Turun Borang:

Berikut adalah borang-borang yang berkaitan:

1) Borang Permohonan Tingkatan 1 2022 (Atas Talian) 
2) Borang Pengesahan Pemastautin
3) Borang Pengesahan Pendapatan

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Yayasan Selangor atau  hubungi di talian 03-7669 1218 / 1158 / 1177 / 1150 / 1141.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 14, 2022 23:06
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.