Semakan Dan Rayuan Kemasukan MRSM Sesi 2022 / 2023

Berita baik bagi calon MRSM, semakan kini boleh dibuat di portal MRSM.

Ikuti langkah-langkah semakan dibawah.

Bagi calon yang tidak berjaya, boleh terus membuat permohonan rayuan, cara-caranya juga dikongsikan dibawah.

Baca juga:

Pendaftaran MRSM 2022 Kini DibukaJawatan Kosong Guru MRSM – Permohonan Terkini 2021Tarikh Pendaftaran MRSM Sesi 2022 / 2023:

Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 adalah pada 11 April 2022.

Cara Semakan Keputusan:

Berikut merupakan cara untuk menyemak keputusan MRSM:

Langkah 1: Layari portal rasmi MRSM.

Langkah 2: Semakan MRSM Tingkatan 1.

Langkah 3: Semakan MRSM Tingkatan 4.

Langkah 4: Log masuk menggunakan ID yang telah didaftarkan.

Langkah 5: Calon yang berjaya ditawarkan ke MRSM akan menerima notifikasi menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau emel yang telah didaftarkan semasa permohonan.

Langkah 6: Pemohon atau ibu bapa perlu mengesahkan penerimaan tawaran kemasukan menerusi pautan sistem MyMrsm dalam portal Mara.

Nota: Pengesahan penerimaan tawaran perlu dibuat dalam tempoh 7 hari atau tawaran kepada calon berkenaan dianggap terbatal.

Tarikh Rayuan MRSM Sesi 2022 / 2023:

Dibuka pada 9 Mac hingga 16 Mac 2022 secara dalam talian.

Rayuan Kemasukan MRSM:

Berikut merupakan permohonan rayuan bagi yang tidak berjaya:

Langkah 1: Layari portal rasmi MRSM.

Langkah 2: Login dan buat Semakan MRSM Tingkatan 1.

Langkah 3: Login dan buat Semakan MRSM Tingkatan 4.

Langkah 4: Jika ada butang rayuan boleh buat rayuan online.

Nota:

Jika tiada butang rayuan, maksudnya keputusan Ujian UKKM calon tidak melepasi syarat kelayakan minima atau Ibu bapa dalam senarai hitam MARA (peminjam atau penjamin).Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang MRSM atau sila hubungi Bahagian Pendidikan Menengah MARA di talian 03- 2613 4529.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 09, 2022 02:18
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.