Ujian RTK Dan PCR Tidak Perlu Diulang Selepas Tamat Kuarantin
Ramai yang tertanya-tanya, adakah perlu buat ujian RTK-Ag dan RT-PCR ulangan jika sudah melepasi 5 ke 7 hari kuarantin untuk memastikan anda benar-benar sihat dan bebas daripada Covid-19 sebelum kembali ke tempat kerja?
Tahukah ada, jika anda positif anda TIDAK PERLU mengulangi ujian kendiri RTK atau PCR setelah selesai menjalani tempoh kuarantin yang ditetapkan melalui MySejahtera.
Baca juga:
Cara Hilangkan Kontak Kasual di Aplikasi MySejahteraStatus Kuning MySejahtera Bagi Kontak Kasual Kini Tiada Lagi
Ini kerana disebabkan, ujianRT-PCR adalah sensitif dan masih boleh mengesan kehadiran bahan genetik pada sampel saluran pernafasan selama 2 hingga 3 bulan setelah dijangkiti.
Virus Covid sudah tidak dapat membiak dan individu yang pernah dijangkiti sudah TIDAK MUNGKIN boleh menyebarkan jangkitan.
Keputusan RTK-Ag dan RT-PCR Positif:Berikut merupakan keputusan test covid:
Ujian RTK-Ag – Mengesan jangkitan pada hari ke-3 hingga hari ke-7 selepas terdedah kepada pesakit COVID-19.
Ujian RT-PCR – Mengesan jangkitan seawal hari ke-2 hingga hari ke-14 selepas dijangkiti.
Nota: ketepatan kedua-dua ujian adalah bergantung kepada tempoh jangkitan sewaktu sampel diambil.
Ujian Covid:Berikut merupakan info berkenaan ujian covid:
Ujian RTK-Ag – Disarankan kepada individu bergejala atau berada dalam kumpulan berisiko tinggi sekiranya tidak bergejala.
Ujian RT-PCR – Masih merupakan gold standard bagi mengesan jangkitan COVID-19 oleh KKM.
Maklumat Lanjut:Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia atau hubungi di talian 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700.
The post Ujian RTK Dan PCR Tidak Perlu Diulang Selepas Tamat Kuarantin appeared first on Portal Malaysia.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
