Permohonan Program Ithbat Hafazan Al-Quran Negeri Selangor 2022

Program Ithbat Hafazan Al-Quran merupakan program anjuran Jabatan Agama Islam negeri Selangor untuk menggalakkan masyarakat menghafal Al-Quran.

Berikut merupakan garis panduan permohonan Program Ithbat Hafazan Al-Quran 2022.

Baca juga:

Waktu Operasi Dan SOP Bazar Ramadhan Dan Aidilfitri 2022Solat Dhuha & Doa Ringkas – Panduan LengkapTarikh Permohonan:

Permohonan dibuka sehingga 25 Mac 2022 (Jumaat).

Syarat Kelayakan:

Berikut merupakan syarat kelayakan untuk memohon:

Pemohon mestilah beragama Islam.Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.Pemohon mestilah menetap di negeri Selangor melebihi tiga (3) tahun.Pemohon mestilah lahir di negeri Selangor.Pemohon mestilah tidak menerima apa-apa elaun Ithbat dari mana-mana Majlis Agama Islam Negeri lain, badan berkanun atau mana-mana yayasan.Pemohon mestilah memiliki Sijil Khatam Al-Quran / Syahadah yang dikeluarkan oleh Institusi Tahfiz.Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas.Kategori Kelayakan:

Berikut merupaka kategori kelayakan untuk memohon:

Kategori 1 hingga 10 juzuk – Terbuka kepada 18 tahun ke atas.

Kategori 1 hingga 20 juzuk – Terbuka kepada 18 tahun ke atas.

Kategori 1 hingga 30 juzuk – Terbuka kepada semua peringkat umur.

Kadar Elaun:

Kadar elaun adalah berdasarkan kepada peruntukan kewangan semasa yang diluluskan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Cara Permohonan:

Berikut adalah cara-cara untuk memohon:

Langkah 1: Layari laman sesawang JAIS.

Langkah 2: Muat turun BORANG PERMOHONAN ITHBAT 2022 V2.0.

Langkah 3: Isi borang permohonan dengan lengkap

Langkah 4: Sediakan dokumen sokongan yang diperlukan.

Langkah 5: Hantar borang ke alamat berikut atau emel ke:

Bahagian Dakwah JAIS di:

Tingkat 7 Menara Selatan,
Bangunan Sultan Idris Shah,
No. 2, Persiaran Masjid Bukit S.U.K.,
Seksyen 5, 40676 Shah Alam.
Selangor Darul Ehsan.Nombor Telefon : 03 5514 3590 / 03 5514 3507email: ithbathafazan@gmail.comDokumen Sokongan:

Berikut merupakan dokumen sokongan yang diperlukan untuk memohon:

1 Salinan Kad Pengenalan pemohon.1 Salinan Sijil Khatam Hafazan Al-Quran / Syahadah Hafaz Al-Quran.1 Borang Pengesahan Pemastautin (wajib kepada semua pemohon).1 Salinan penyata akaun bank pemohon yang terkini (akaun Tabung Haji tidak diterima).

Nota: Salinan dokumen perlu disahkan terlebih dahulu oleh Penghulu Mukim /Nazir Masjid /Pengerusi JKKK / Pengerusi Jawatankuasa.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang portal Jabatan Agama Islam Selangor atau hubungi di talian 03-55143400.

The post Permohonan Program Ithbat Hafazan Al-Quran Negeri Selangor 2022 appeared first on Portal Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 03, 2022 01:29
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.