Permohonan Hadiah Pengajian IPT Sebanyak RM1000
Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor khusus kepada anak – anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM5,000 ke bawah.
Inisiatif bantuan yang memberi adalah sebanyak RM1,000 secara “one-off” untuk Siswa Baharu Anak Selangor..
Baca juga:
BKSS Penjaja 8.0 – Bantuan RM1,000 Dah Masuk!SOP Kenduri Dan Majlis Keramaian TerkiniSyarat Kelayakan:Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan untuk memohon:
Mestilah seorang adalah Warganegara Malaysia.Mestilah lahir, menetap dan bermastautin di Negeri Selangor.Mestilah telah ditawarkan tempat untuk memasuki semester pertama.Mestilah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa di IPTA atau IPTS diiktiraf oleh Kerajaan.Pengajian mestilah di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma dan Sijil Kemahiran Tahap 4 sahaja.Mestilah telah mendaftarkan diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian.Pemohonan hanya untuk tahun pertama pengajian sahaja.Mestilah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Pendapatan isi rumah ibu, bapa atau penjaga pemohon berjumlah RM5,000 dan ke bawah.Permohonan yang tidak lengkap tidak akan proses.Tarikh Permohonan Dibuka:Permohonan boleh dibuat mulai 1 Mac 2022 hingga 31 Mac 2022.
Cara Permohonan:Berikut merupakan cara-cara untuk memohon:
Langkah 1: Layari laman sesawang Portal Hadiah Pengajian IPT.
Langkah 2: Pilih Daftar Baharu.
Langkah 3: Isi semua maklumat dengan betul.
Langkah 4: Tekan daftar akaun baharu.
Maklumat Lanjut:Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Portal Hadiah Pengajian IPT atau hubungi di talian 03-55447385 atau 03-55215523.
The post Permohonan Hadiah Pengajian IPT Sebanyak RM1000 appeared first on Portal Malaysia.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
