Semak Keputusan Temuduga SPP DG41 Fasa 1, 2 Dan 3
Kepada calon Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One-Off bagi Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3, kini anda boleh membuat semakan keputusan temu duga.
Calon yang berjaya perlu mengemukakan dokumen yang diperlukan mengikut Surat Arahan Penempatan yang dikeluarkan oleh KPM.
Baca juga:
Jawatan Kosong TDM Berhad Lebih 800 Kekosongan DibukaIklan Jawatan Kosong Di Instititut Pendidikan Guru (IPG) 2022Tindakan Calon:Berikut merupakan tindakan yang perlu diambil oleh calon sekiranya berjaya:
Memuat turun, menyimpan dan mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT).Calon perlu mencetak dalam tempoh enam minggu sahaja daripada tarikh hebahan ini dibuat.Menyimpan surat berkenaan dengan baik serta selamat.PSTT hendaklah dihantar kepada Ketua Jabatan masing-masin.Sekiranya terdapat sebarang kesilapan, calon dimohon untuk menghantar e-mel pemakluman kepada alamat guru@spp.gov.my.Sila kemukakan alamat yang betul berserta nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi dalam e-mel tersebut.SPP akan menghubungi calon apabila surat tawaran tersebut telah dikemas kini dan boleh dicetak semula.Cara Semakan Keputusan Temuduga:Berikut merupakan cara untuk menyemak keputusan temuduga:
Langkah 1: Layari laman sesawang Semakan Keputusan Temuduga.
Langkah 2: Masukkan no kad pengenalan.
Langkah 3: Tekan hantar.
Langkah 4: Keputusan temuduga akan dipaparkan.
Waktu Semakan:Berikut merupakan waktu untuk membuat semakan:
Isnin – Khamis : 9.00 pagi – 4.00 petanJumaat : 9.00 pagi – 12.15 tengah hariPejabat Urusan Pengambilan:Calon boleh menghubungi di talian untuk Urusan Pengambilan : 03 – 8893 4019 / 03 – 8893 4020.
Maklumat Lanjut:Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan atau hubungi di talian 03-8000 8000.
The post Semak Keputusan Temuduga SPP DG41 Fasa 1, 2 Dan 3 appeared first on Portal Malaysia.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
