Permohonan Bantuan eKasih 2022
Sistem eKasih 2022 ialah sistem Bank Data Kemiskinan Nasional yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan untuk golongan miskin tegar.
Data sistem eKasih ini, pengakses boleh:
Membuat semakan status kemiskinan.Menyelaraskan maklumat bantuan.Pengemaskinian maklumat kemiskinan.Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan.Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan.Baca juga:
Tebus Bantuan Persekolahan Sehingga RM450 MAIWPPembiayaan Perniagaan Skim i-Bermusim Sempena Ramadhan Dan Syawal 2022Jenis BantuanYang Berdaftar Dengan e-Kasih:Program MyKasih – Bantuan RM100 sebulan untuk tempoh 3 bulan.Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) – Bantuan tunai langsung bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2022.I-Suri (Insentif RM480 KWSP) – Surirumah boleh mendapat insentif RM480 setahun daripada kerajaan di bawah skim ini.Bantuan JKM – Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat.Syarat Kelayakan:Berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa (RM1,500 (bandar) atau RM1,000 (luar bandar) sebulan).Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah (bulanan) yang disediakan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) setiap dua tahun sekali.Panduan Pendaftaran:Individu yang ingin mendaftar boleh hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan atau melalui telefon, surat, e-mel rasmi

Berikut merupakan semakan status e-Kasih:
Langkah 1: Layari pautan laman sesawang e-Kasih.
Langkah 2: Hubungi ICU JPM melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN – Bahagian / Unit Kesejahteraan Rakyat).
Langkah 3: Berikan maklumat seperti nama atau nombor kad pengenalan untuk semakan dan pengesahan status.
Maklumat Lanjut:Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web sesawang Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri atau hubungi di talian 03-8000 8000.
The post Permohonan Bantuan eKasih 2022 appeared first on Portal Malaysia.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
