Ada Hutang Yang perlu Dilunaskan , Shuk Sahar Terpaksa Jual Banglo Beharga RM 1.2 Juta Untuk Meneruskan Hidup
Setelah berkali – kali dikecam dan juga viral baru-baru ini malah Shuk mengambil keputusan untuk mendiamkan diri bagi meredakan kontroversi berkenaan dirinya.
Kini Shuk Sahar kembali dengan membuat live di Tik Tok miliknya mengakui dirinya menyesal kerana sudah berulang kali berlaku curang terhadap isterinya.
Dia juga dengan sedih menyatakan dirinya tidak bahagia kerana tindakkannya menduakan isterinya malah memberikan pesan dan nasihat kepada lekaki diluar sana supaya menghentikan niat tersebut serta jangan jadi sepertinya.
Kini terdapat pulak satu kenyataan daripada Shuk yang mengesahkan bahawa dia sudah menjual rumah banglo miliknya dengan nilai RM1.2 juta demi meneruskan kehidupan dan melangsaikan semua hutang yang tertunggak.
Shuk juga memberitahu bahawaa rumahnya terletak di Denai Alam, Shah Alam itu sudah ada pembeli dan sudah dibayar dengan wang pendahuluan.
“Alhamdulillah, rumah saya sudah ada pembeli dan bayar wang pendahuluan. Kalau boleh saya malas nak komen panjang. Macam saya cakap pada sesi siaran langsung di TikTok, saya perlukan wang dan ingin buat sesuatu yang baharu.
Walaupun dia mengakui sayang untuk menjual rumah berkenaan namun tekad meneruskan keputusan itu kerana bimbang tidak mampu untuk menanggung komitmen pada masa akan datang.
Dia yang sudah di banned oleh beberpa stesen tv kini sudah kurang mendapat tawaran seperti dahulu dan masih berharap dirinya diterima semula dalam industri hiburan tanah air.
https://www.portalmalaysia.com/wp-content/uploads/2022/02/download-4.mp4
Penyataan tentang perkara tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan mungkin itu kifarah kerana berlaku curang terhadap isterinya yang begitu setia malah berkali -kali memaafkan Shuk .
Namun ada juga merasa kashan terdapat perkara yang menimpa Shuk dan mengatakan bahawa semua itu adalah adalah ujian daripada Allah untuk Shuk berubah serta mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa.
Shuk nampaknya sudah kembali berbaik dengan isterinya dan berharap kontroversi yang berlaku dapat diselesaiakn dan tidak berlanjutan kerana ianya berkenaan dengan kerjaya seninya yang semakin merundum gara-gara perkara tersebut.
The post Ada Hutang Yang perlu Dilunaskan , Shuk Sahar Terpaksa Jual Banglo Beharga RM 1.2 Juta Untuk Meneruskan Hidup appeared first on Portal Malaysia.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
