Permohonan Masuk Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan UM 2020

Kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya, Fakulti Pendidikanada menawarkan kemasukan ke program pengajian Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP) ambilan 2021/2022 (kemasukan September 2022).

Jumlah Yuran bermula RM11,000 mengikut makluman terkini di laman web UM.

Baca juga:

Iklan Jawatan Kosong Di Instititut Pendidikan Guru (IPG) 2022Pembelajaran Dalam Talian Secara Percuma dengan Portal Delima – Kementerian Pendidikan MalaysiaKreteria Diploma:

Berikut merupakan perincian diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP) UM 2022:

Nama Program: Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP)Tahap Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF): Diploma Pascasiswazah: Tahap 7Mod Penawaran: Kerja KursusKredit Bergraduat: 36 jam kreditKaedah Pengajian: Sepenuh MasaTempoh Minimum: 1 tahun (2 semester)Tempoh Maksimum: 3 tahun (6 semester)Syarat Permohonan:

Berikut merupakan syarat untuk memohon:

Pemohon mestilah pelajar Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengkhususan pertama (dengan sekurang-kurangnya CGPA 3.0).Pemohon mestilah pelajar Ijazah Sarjana Muda (dengan sekurang-kurangnya CGPA 2.7).Pemohon mestilah mempunyai sekurang-kurangnya enam (6) bulan pengalaman bekerja dalam bidang pendidikan.Pemohon mestilah lulus ujian bertulis yang ditentukan oleh Fakulti Pendidikan.Pemohon mestilah mendapat kelayakan lain yang diluluskan oleh Senat Universiti Malaya dari semasa ke semasa.Pemohon mestilah mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diperakukan oleh Senat Universiti Malaya.Pemohon mestilah lulus Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) atau ujian psikometrik lain yang diperakukan oleh Fakulti Pendidikan dan temuduga yang ditetapkan oleh Fakulti Pendidikan.Bagi pengkhususan Pendidikan Tahfiz, calon yang memiliki kelayakan tahfiz pada peringkat sijil/diploma berserta ijazah pertama yang bersesuaian atau ijazah pertama dalam pengkhususan yang berkaitan, boleh dipertimbangkan.Bagi pengkhususan PBISBK, calon perlu membuktikan tahap kecekapan Bahasa Inggeris melalui MUET dengan skor sekurang-kurangnya Band 4.0; atau IELTS (International English Language Testing Services) (Academic) dengan skor sekurang-kurangnya Band 6; atau TOEFL (Test of English as a Foreign Language) dengan skor sekurang-kurangnya 550 (PBT), 213 (CBT) dan 80 (IBT) atau kelayakan Bahasa Inggeris lain yang diperakukan oleh Senat Universiti Malaya dari semasa ke semasa.Jika pemohon adalah calon antarabangsa, pemohon perlu mempunyai sekurang-kurangnya IELTS (International English Language Testing Services) (Academic) band 5.5 atau TOEFL (Test as a Foreign Language) skor 550 (Paper based)/ TOEFL-CBT (Computer based) 213/TOEFL- IBT (Internet based) 80 jika ijazah pertama diperolehi dari universiti yang Bahasa Inggeris bukan bahasa pengantar atau lulus kursus Bahasa Inggeris yang ditetapkan oleh Universiti Malaya.Pemohon mestilah memenuhi keperluan syarat Bahasa Malaysia sebelum penganugerahan ijazah.Jika pemohon adalah pelajar OKU, calon yang berkeperluan khas, selain syarat yang dinyatakan, permohonan calon boleh dipertimbangkan tertakluk kepada tahap keperluan khas dan ketidakupayaan, serta kesesuaian dengan keperluan/pengkhususan program.Permohonan Dibuka:

Permohonan boleh dimohon di laman sesawang Universiti Malaya mulai 1 Februari hingga 15 April 2022 bagi kemasukan September 2022.

Bidang Pengkhususan:

Berikut merupakan bidang yang disediakan serti pendidikan:

Rujuk Bidang pengkhususan yang ditawarkan

SejarahBahasa CinaBahasa MelayuJasmani & KesihatanMatematikTahfizKejuruteraanIslamSains KomputerFizik*Biologi*Kimia*TESL

*Jadual waktu fleksibel KECUALI bagi bidang pengkhususan ini.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Fakulti Pendidikan Universiti Malaya atau hubungi di talian 03 – 7967 5103 (Puan Eita).

The post Permohonan Masuk Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan UM 2020 appeared first on Portal Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 14, 2022 21:57
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.