Permohonan Elaun Mencari Pekerjaan SIP PERKESO 2022

Berita baik bagi graduan baru atau penganggur, PERKESO ada menawarkan satu program Sistem Insuran Pekerjaan Elaun Mencari Pekerjaan+ (SIP EMP+). Pemohon berpeluang menerima Elaun Mencari Pekerjaan (EMP)  dan Elaun Persediaan Bekerja (EPB).

Tujuannya adalah untuk menyokong mereka melalui pencarian pekerjaan baru dengan membantu mereka menampung perbelanjaan asas. Tempoh aktiviti pencarian pekerjaan adalah selama 3 bulan yang bermula sebaik sahaja permohonan SIP dikemukakan.

Bantuan kewangan Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) berjumlah RM300 sebulan untuk tempoh 2 bulan sahaja. Bayaran RM400 one-off lElaun Persediaan Bekerja (EPB) akan dilaksanakan sekiranya pemohon telah berjaya ditempatkan ke dalam pekerjaan dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh permohonan SIP.

Baca juga:

Bantuan Kewangan Program KerjayaGig PERKESOCara Mohon Bantuan Elaun RM1000 Daripada PERKESOSyarat Kelayakan SIP EMP+:

Berikut merupakan syarat kelayakan untuk permohonan ini:

Pemohon mestilah belum berdaftar atau tidak aktif mencarum dengan PERKESO selepas 1 Jun 2021.Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan tidak melebihi 60 tahun.

Nota: Permohonan bantuan SIP EMP+ bagi golongan bukan pencarum dibuka bermula 1 Januari sehingga 31 Disember 2022.

Kadar Bayaran SIP EMP+:

Berikut merupakan kadar bayaran Program SIP EMP+:

Setiap permohonan yang diluluskan layak menerima EMP berjumlah RM300 sebulan untuk tempoh tiga bulan sahaja.Setiap bayaran EPB akan diberikan sekiranya pemohon berjaya mendapatkan pekerjaan dalam tempoh empat bulan daripada tarikh permohonan dikemukakan.Pembayaran akan dilakukan dalam tempoh 14 sehingga 30 hari selepas tuntutan diluluskan dan dikreditkan terus ke dalam akaun pemohon secara (EFT).

Contoh penjelasan kadar bayaran:

Sekiranya calon mendapat pekerjaan baharu semasa menerima EMP yang pertama, kedua atau ketiga, maka bayaran tambahan RM400 dibayar terus pada bulan yang sama.

Cara Mohon SIP EMP+:

Berikut merupakan cara-cara untuk memohon:

Langkah 1: Layari website rasmi Perkeso.

Langkah 2: Klik pada Log masuk.

Langkah 3: Lengkapkan maklumat yang diperlukan.

Langkah 4: Muatnaik dokumen yang berkaitan.

Langkah 5: Klik Hantar.

Dokumen Sokongan:

Berikut merupakan dokumen yang diperlukan:

1 Salinan kad pengenalan.1 Salinan penyata akaun bank.Bukti kehadiran 3x temu duga dalam tempoh EMP.Kemaskini aktiviti temu duga di Portal MyfutureJobs.Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang PERKESO atau hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000.

The post Permohonan Elaun Mencari Pekerjaan SIP PERKESO 2022 appeared first on Portal Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 14, 2022 22:13
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.