Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Tahun 2022

Berita baik bagi para mahasiswa, permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR 2022) kini telah dibuka. Bantuan ini adalah bertujuan untuk membantu pelajar yang berpotensi tinggi dan layak supaya mereka dapat melanjutkan pelajaran di institusi tempatan, sama ada awam ataupun swasta.

Biasiswa ini ini terbuka kepada semua. BTAR juga menekankan kecemerlangan yang holistik, penerima-penerima biasiswa yang dipanggil Tunku Scholars ini akan melalui program kepimpinan yang berlangsung selama 2 tahun.

Program ini akan melengkapkan Tunku Scholars dengan kemahiran, cara pemikiran dan nilai-nilai yang dapat menyumbang kepada pembangunan Malaysia yang adil dan bersatu padu.

Baca juga:

Bantuan Khairat Kematian KWSP – Boleh Tuntut RM2,500.00!Skim Air Percuma Darul Ehsan 2022 (SADE)Tarikh Tutup Permohonan:

Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman boleh dibuat sebelum 31 Mac 2022.

Syarat Kelayakan:

Berikut merupakan kreteria syarat kelayakan untuk memohon biasiswa ini:

Pemohon mestilah mempunyai PNGK 3.0 atau setaraf untuk STPM / Asasi / Matrikulasi / Diploma.Pemohon mestilah memperolehi BBB untuk A-level.Pemohon mestilah aktif dalam kepimpinan dan aktiviti luar kurikulum.Pemohon mestilah dari keluarga yang berpendapatan isi rumah bernilai RM4,850 ke bawah.Pemohon mestilah anak pertama di kalangan adik-beradik yang menyambung pengajian.Cara Permohonan:

Berikut merupakan cara untuk memohon biasiswa ini:

Langkah 1: Layari laman portal Yayasan Tunku Abdul Rahman.

Langkah 2: Tekan “mohon sekarang” untuk mendapat borang permohonan.

Langkah 3: Lengkapkan borang permohonan.

Langkah 4: Tulis esei permohonan.

Langkah 5: Tunggu panggilan temuduga.

Langkah 6: Semak keputusan penawaran biasiswa.

Soalan Lazim:

Berikut merupakan soalan dan jawapan lazim berkenaan biasiswa:

Soalan Lazim

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi admin melalui emel kepada admin@yayasantar.org.my berserta lampiran masalah yang berkenaan.

The post Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Tahun 2022 appeared first on Portal Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 13, 2022 21:13
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.