Wan Sharmila Tampil Menjelaskan Isu “Video” Yang Tular Di Media Sosial

Semalam telah tular satu video perkongsian daripada Ig yang memperlihatkan anak perempuan Shuib Sepahtu iaitu Talita telah memeluk mesra seorang wanita misteri yang kelihatan wajahnya namun ditutup dengan emoji bagi merahsiakan indentitinya.

Perkara itu sekaligus menimbulkan tanda tanya di kalangan netizen malah banyak teka – teki dan menjadi pendebatan di antara para netizen bagi mengesahkahkan pemilik wajah tersebut.

Malah diruangan komen ramai yang meneka bahawa wanita misteri itu adalah Wan Sharmila kerana pakaian dan tahi lalat di jari manis serta bulu mata milik wanita tersebut.

Melalui kata – kata yang telah ditulis di Ig berkenaan , ianya seolah-olah memberi petunjuk kepada para netizen bahawa wanita misteri tersebut mempunyai hubungan yang rapat dengan anak-anak Shuib kerana melihat wajah teruja Talita dan kegembiraan Talita saat bersama dengan wanita berkenaan.

 

https://www.portalmalaysia.com/wp-content/uploads/2022/02/repost-sitisarahraissuddin-CZwpgYmp6xM.mp4“Aunty kesayangan teman Dekta kerja. Kalau tidak ada aunty, tak nak kerja. Nasib baik auty tidak sibuk rajin melayan,tulisnya.

Selepas video itu tular di media sosial dengan hampir 1 juta tontonan ,Wan Sharmila tampil dan mengakui dirinya sangat terkejut melihat video tersebut kerana wanita itu memang ada mempunyai ciri – ciri seperti dirinya namun dia menafikan kenyataan itu.

“Selepas saya menontonnya, saya sendiri pun terkejut kerana tidak dinafikan wanita ‘misteri’ itu mirip saya. Tapi saya ingin menafikan bahawa wanita tersebut adalah saya,” katanya.

Netizen yang tidak henti – henti mengetag namanya di iG telah membuatkan dia tampil menjelaskan bahawa wanita misteri itu bukanlah dirinya seperti yang digempar-gempurkan oleh para netizen walaupun tidak menafikan seiras dirinya.

“Sebab sama. Sendiri tengok pun rasa sama. Mungkin betul juga apa yang netizen cakap. Tapi kelakar juga sebab ada yang sampai periksa kuku jari untuk buktikan wanita itu adalah saya,” katanya.

Wan Sharmila yang tidak terkilan atau memarahi netizen malah merasa terhibur keranan netizen begitu teliti dalam meneka sesuatu perkara dan menolak andaian bahawa netizen cuba untuk menjodohkan dirinya dengan Shuib sebaliknya mereka hanya mahu meneka siapa wanita misteri itu sahaja.

“Saya tidak rasa netizen nak ‘kenenkan’ saya dengan Shuib. Mereka cuma meneka sahaja. Saya tak ambil hati pun. Kalau Shuib cari jodoh, ramai lagi wanita yang elok-elok (cantik) di luar sana. Apa yang ada pada Wan Sharmila ini?” katanya.

Namun netizen sangat gembira jika Shuib dijodohkan dengan Wan Sharmila kerana Wan Sharmila mempunyai sikap yang sangat lemah lembut dan juga cantik persis arwah Siti Sarah.

Netizen juga mendoakan agar Shuib ditemukan dengan psangan yang memahami dan menerima dirinya serta anak-anaknya dengan ikhlasa dan mampu memberikan kasih sayang yang sejati kepada anak – anaknya.

The post Wan Sharmila Tampil Menjelaskan Isu “Video” Yang Tular Di Media Sosial appeared first on Portal Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 10, 2022 21:05
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.