Skim Air Percuma Darul Ehsan 2022 (SADE)
Usaha Kerajaan Selangor bagi meringankan perbelanjaan bulanan melalui program SADE ini kerana anda boleh mendapat bil air percuma setiap bulan!
Skim Air Darul Ehsan (SADE) adalah program penjajaran semula pemberian air percuma kepada kumpulan sasar penduduk Negeri Selangor warganegara Malaysia dengan pendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah.
Tujuan Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan dasar ini ialah bagi meringankan beban kehidupan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah akibat daripada kadar sara hidup dan inflasi yang tinggi ketika ini.
Program bekalan air percuma ini juga adalah salah satu komponen bagi cadangan penstrukturan semula industri air di Selangor secara holistik dan bersepadu yang diterajui oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) supaya dapat memberikan perkhidmatan yang lebih berkesan, efektif serta dapat mengurangkan kadar tarif air semasa bagi kemudahan rakyat Selangor.
Baca juga:
TERBAIK! Ini Cara Mohon Bantuan Subsidi Carseat Untuk Ibu Bapa B40Bantuan Subsidi Yuran Taska Asuh Pintar 2022 SelangorSyarat Permohonan:Berikut merupakan syarat permohonan untuk Skim Air Darul Ehsan:
Warganegara Malaysia.Menetap di Negeri Selangor.Pendapatan bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah.Mempunyai meter individu di premis kediaman.Layak memohon untuk satu akaun atau premis sahaja.Nota:
Pengguna akaun meter pukal dalam kategori pangsapuri kos rendah akan terus menerima 20 meter padu air percuma di bawah SADE secara automatik sehingga 31 Disember 2021 mengikut kaedah sedia ada yang melibatkan JMB/MC serta Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS).
Berikut adalah cara untuk membuat permohonan:
Langkah 1: Layari laman sesawang sistem SIPR.
Langkah 2: Borang permohonan juga boleh dimuat turun atau diperolehi di laman sesawang Air Selangor.
Langkah 3: Hantar borang ke iprair@airselangor.com atau mana-mana Kaunter Perkhidmatan Pejabat Wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.
Rayuan Permohonan:Berikut adalah cara untuk membuat rayuan permohonan:
Langkah 1: Layari laman sesawang sistem SIPR.
Langkah 2: Klik Permohonan Rayuan
Langkah 3: Kemaskini permohonan.
Langkah 4: Tekan hantar.
Langkah 5: Muat turun Borang Permohonan Skim Air Darul Ehsan.
Langkah 6: Hantar borang ke iprair@airselangor.com atau mana-mana Kaunter Perkhidmatan Pejabat Wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.
Soalan Lazim:Maklumat Lanjut:Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Air Selangor atau hubungi di talian 15300.
The post Skim Air Percuma Darul Ehsan 2022 (SADE) appeared first on Portal Malaysia.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
