Dos Penggalak Wajib Diambil Sebelum Mac 2022
Menteri Kesihatan telah mengumumkan dalam satu sidang media baru-baru ini, menyeru orang ramai untuk mendapatkan vaksin dos penggalak (booster) dalam usaha sama untuk mencegah penularan wabak Covid-19 lebih-lebih lagi di kalangan warga emas. Ini kerana, resiko kesan jangkitan untuk warga emas adalah lebih teruk.
Menurut KKM, dos penggalak wajib diambil oleh warga emas berusia 60 tahun dan ke atas, serta penerima Sinovac 18 tahun ke atas bagi status mendapat vaksinasi lengkap sebelum 1 Mac 2022 ini.
Baca juga:
Walk-In Vaksin Dos Penggalak (Booster) MySejahteraCara Mohon Pampasan Dan Lapor Aduan Kesan Sampingan Vaksin COVID-19
Berikut merupakan kategori yang layak menerima dos penggalak:
Warga emas yang berusia 60 tahun keatas.Penerima Vaksin Sinovac yang berumur 18 tahun dan keatas.Penerima 2 Dos lengkap vaksin.Kelebihan Menerima Dos Penggalak:Berikut merupakan kelebihan bagi penerima dos penggalak:
Status vaksinasi lengkap (dos booster) mulai Mac 2022.Bergejala ringan jika dijangkitiKekurangan Menolak Dos Penggalak:Berikut merupakan keburukan menolak Dos Penggalak:
Kegagalan menerima vaksin akan menyebabkan status MySejahtera anda akan berwarna putih pada Mac ini dan dianggap tidak divaksin sepenuhnya.Tidak akan menerima kemudahan yang sama diberikan kepada penerima dos lengkap vaksin COVID-19.Peningkatan kes positif .Kesan penurunan kesihatan yang mendadak.Kesan jangkitan yang tinggi terhadap penularan varian Omicron yang lebih mudah merebak.Kesimpulannya:Oleh itu ayuhlah kita menerima dos penggalak untuk sama-sama melindungi satu sama lain. Elakkan sikap pentingkan diri dan utamakan keselamatan orang sekitar.
Maklumat Lanjut:Untuk maklumat lanjut, sila rujuk artikel yang akan dikongsikan nanti.
The post Dos Penggalak Wajib Diambil Sebelum Mac 2022 appeared first on Portal Malaysia.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
