Shuib Peluk Talita , Tangisan Talita Di Pusara Ibunya Buat Netizen Sebak
Setelah hampir lima bulan Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pergi meninggalkan dunia, yang mana kehilangannya masih dirasai terutama bagi Shuib sekeluarga dan ini dikatakan sebagai rindu yang tiada penghujungnya.
Shuib yang sememangnya kerap menziarahi pusara isterinya apabila ada masa terluang dan sentisa membawa keluarga anak-anak untuk menziarahi sekali bagi melepaskan rindu yang mendalam.
Kini Shuib dilihat semakin ok dan sedang giat melakukan aktiviti harian malah telah menambah beberapa cawangan air boba miliknya malah meneruskan perniagaan tudung milik arwah isterinya itu dengan kerjasama Anzalna sebagai model tudung tersebut.
Dalam satu perkogsian Tik Tok milik Shuib ,dia berkongsi saat berada di pusara isterinya dan memeluk anak perempuannya Talita yang nampaknya tidak mampu menahan sebak semasa menziarahi pusara ibunya itu.
Malah video itu mendapat banyak tontonan hingga rata – rata meninggalkan komen membina dan juga mendoakan Talita lebih kuat dan bersabar atas kehilangan orang yang tersayang.
Talita kelihatan mengesat air mata dan dipeluk oleh Shuib bagi menenangkan anak kesayangannya itu malah Matin juga kelihatan di pusara berkenaan tetapi tidak terlalu sebak seperti Talita.
“Sebaknya tengok dia, moga terus kuat ya sayang. Dekta (panggilan untuk Talita) anak solehah, anak baik… Dekta kuat.
“Rindu yang tiada penghujung. Moga adik tabah ya… sentiasa doakan untuk ibu di sana.
“Sakitnya rindu pada insan yang telah pergi. Semoga Allah sentiasa merahmati kalian anak-anak,” tulis beberapa netizen.
Dalam pada itu dalam satu Instastory milik Shuib , dia turut berkongsi rakaman perbualan dengan anak ketiganya, Ariq Matin yang berusia tujuh tahun dan sangat petah berkata- kata .
“Nanti kalau daddy dah mati, Matin pergi kubur daddy hari-hari ke?” tanya Shuib.
Dan pertanyaan spontan itu dijawab Matin dengan spontan yang dia akan sentiasa mengingati bapanya itu jika sudah tiada nanti.
“Matin akan teringat, akan rindu daddy,” jawab Matin.
Sekadar info , Siti Sarah meninggal dunia pada usia 37 tahun di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Kuala Lumpur pada 9 Ogos tahun lalu akibat Covid 19 dan menjalani
pembedahan bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos 2021 lalu yang diberi nama Ayash Affan.
Pasangan ini memiliki tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9 dan Ariq Matin, 7.
The post Shuib Peluk Talita , Tangisan Talita Di Pusara Ibunya Buat Netizen Sebak appeared first on Portal Malaysia.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
