Pentingnya Membaiki Profil Kewangan
Duit bukan segala-galanya, namun dalam pergerakan zaman yang sungguh pantas sekarang, segala-galanya memerlukan duit.
Bangun pagi, sebelum solat subuh, kita mandi dulu. Mandi? Perlukan duit.
Lepas solat subuh, kita siap-siap pergi kerja dan sarapan dulu. Nak sarapan? Perlukan duit.
Pendek kata. Segala-galanya perlukan duit. Bahkan nak buang air kecil di tempat awam (masuk tandas) pun perlukan duit.
Bila tiada duit.
Banyak juga masalah-masalah akan timbul bila tidak berduit.
Terutamanya kita tidak mampu untuk selesaikan tanggungjawab terhadap keluarga tersayang.
Masalah Bila Tiada DuitMemperbaiki profile kewangan boleh menyelesaikan lebih separuh dari masalah seseorang.
Ini kerana, sebahagian besar yang kita anggap sebagai masalah itu sebenarnya hanyalah KOS.
1. Seorang ayah memarahi anak kecil yang dia sayangi semata-mata kerana meminta untuk makan KFC sebab si ayah sedang kesempitan wang.
2. Seorang sahabat tak mampu hulurkan sedikit wang kepada sahabatnya ketika sahabt itu sangat memerlukan kerana dia sendiri tak ada wang.
3. Seorang dealer emas atau produk kewangan menjual dalam keadaan terdesak, tanpa memikirkan mengenai poket pelanggan disebabkan poketnya sendiri yang kekeringan.
Peluang Besar Bila Ada Duit (Profil Kewangan Baik)Pelbagai lagi isu kita boleh elakkan dengan memperbaiki profile kewangan. In fact, ia jauh lebih utama dari melabur dalam mana-mana instrument kewangan. Profile kewangan yang baik akan membuka beribu peluang untuk seseorang melabur atau berniaga dengan lebih berjaya.
Saya yakin, FAR Capital adalah trusted partner untuk para dealer PGG100 bagi mempercepatkan perjalanan para dealer untuk mencapai financial freedom, insyaallah
See you at the top.
The post Pentingnya Membaiki Profil Kewangan appeared first on MohdZulkifli.Com.
Mohd Zulkifli Shafie's Blog
- Mohd Zulkifli Shafie's profile
- 9 followers

