trafik sastera.
Rupa-rupanya untuk melibatkan diri dalam bidang pengkaryaan,seseorang pengkarya tidak semata-mata hanya duduk membaca sejumlah buku, menajamkreativiti seni, meruncing hujung bahasa atau menjalin episod dan plotimaginasi sesebuah cerita. Tutupkan pintu bilik dan hidupkan suis komputerriba. Dan mulalah memasang kerangka dan draf pengkaryaan. Di situ, pengkaryamemencilkan diri lalu meninggalkan suasana dunia di luar bilik sepinya. Malangnya,pengkarya kreatif juga manusia biasa. Bil jalur lebar perlu dibayar jika tidak,bekalan internet akan terputus. Pengkarya kreatif yang menjana kerjaya seninyabersama buku-buku, tiada bezanya dengan manusia normal lain ketika berhadapandengan sebarang permasalahan dalam kehidupan sebenar. Akal dan emosi merekamudah digoncang oleh realiti sekeliling. Kata-kata indah bernada merdu sekadarhiasan kreativiti atas kertas. Hidup di luar semakin mengelirukan dan apalahyang dapat diubah oleh sebuah puisi ke atas dunia, misalnya? Lebihrumit dari itu, tahap kesedaran sosial seseorang pengkarya akan dituntut olehprinsip seninya. Seni untuk seni dan seni untuk masyarakat, apa bezanyasekarang ketika dunia dihancur peperangan dan gempa bumi di sana-sini? Apakahpengkarya yang kononnya tinggi daya sensitiviti itu menjauhkan diri daripergolakan realiti kehidupan di balik kata-kata puitisnya? Dan menjadi egokerana meraih sekian anugerah-anugerah sastera yang dipamer di ruang tamurumah. Atau hanya duduk dengan rambut bersikat rapi memusatkan jiwa raga kepadapekerjaan seni yang mula membentuk ayat pada skrin komputer riba modelterbaharu dalam bilik peribadinya? Jika sedemikian, untuk apakah karya-karya diisidengan nilai-nilai tinggi kemanusiaan dinukilkan? Apakah pengkarya kreatifmanusia separuh aliens? Malahgolongan pengkarya kreatif difahamkan sangat sensitif dan bersifat responsifapabila sesuatu kejanggalan berlaku sepanjang kerjaya pengkaryaan mereka. Merekahidup di dalam teks mahupun di luar teks kreatif. Namun demikian, kita harusmengakui, tidak semua mereka yang dianggap pengkarya itu manusia pemikir,kritis atau intelek yang terlibat dengan permasalahan besar dunia realiti. Pengkaryakreatif memiliki misi masing-masing dan dengan objektif yang pelbagai. Jika dahulupengkarya kreatif menghasilkan karya untuk kepuasan seni, hakikatnya sekarang merekajuga terpengaruh kepada tarikan pembinaan mahligai kemewahan. Siapa yang hendakmenolak material? Memangbenar kerancakan industri pengkaryaan novel negara kita memberi keuntunganmenakjubkan kepada pengkarya-pengkaryanya. Persoalannya, apakah sumbangan yangpaling tinggi nilainya dalam sesebuah pengkaryaan itu selain cerita-cerita yangdigilai oleh pembaca-pembaca muda itu? Memupukpeningkatan tahap minat membaca melalui karya-karya bersifat popular dan justeruitu tiada lagi budaya melepak di pusat membeli-belah? Itulah hal yang sulituntuk diterangkan dalam jalur seni sementara semakin ramai pengkarya kreatifmenghasilkan buku-buku yang meraih pulangan lumayan. Demikian juga adalahsangat tidak beradab merendahkan kerja pengkaryaan seseorang yang berbezaaliran pengkaryaan. Garis pemisah antara karya popular dan karya yang dikatakanseni serius itu hanyalah dipisahkan oleh pertukangan yang baik. Dantiada sesiapa boleh menafikan hak orang ramai untuk membuat pilihan. Golonganpembaca karya kreatif zaman sekarang rupa-rupanya lebih menggemari cerita yangmudah difahami, segar, bercita rasa urban dan itulah aliran permintaan pasaranyang sedikit payah disenangi pengkarya serius. Golongan pembaca masa kinimahukan paparan realiti dan bukannya cerita-cerita yang terlalu berdrama. Jikasesiapa yang pernah mengunjungi kedai buku terkenal seperti MPH atau Popular,lihatlah di rak buku bahagian manakah pengunjung-pengunjung dari kalangan anakmuda berkumpul. Mengapa mereka berasa selesa dengan pilihan mereka dansekan-akan menjauhi rak-rak buku yang dihasilkan oleh pengkarya kreatif aliranserius? Apakah tahap intelektualiti mereka rendah? Permasalahan sastera bukansemata-mata disebabkan oleh kandungan bahan bacaan yang kurang mesra pembaca. Demikiansastera, sebagaimana juga alam politik, sering dihempas pelbagai gelombangmalah kontroversi yang sesekali perlu membukakan mata pihak tertentu. Sama adakeributan itu dicetuskan melalui hasil pendobrakan sesebuah karya kreatif ataukritikan beberapa pengkarya berhubung situasi kesusasteraan semasa, statuskontroversi itu sentiasa menarik perhatian peminat sastera. Misalnya krisisPPSMI dan novel Interlok bukan hanya menuntutsokongan para penggiat seni dan cendikiawan linguistik malah juga dari kalanganahli politik untuk bergabung kesepakatan idea demi meleraikan kekusutannya.Tiada negara maju sanggup menggadaikan bahasa ibundanya. Bunyinya sungguh romantiktetapi bagaimana realitinya kini? Dan bagaimanakah pihak dari kalanganpemerintah menganggapi dunia dalaman sesebuah karya kreatif? Masyarakatingin memahami sedalam mana kepentingan isu seni dan bahasa dalam kehidupanharian mereka dan generasi masa depan. Masyarakat juga ingin terlibat untukmenyatakan sokongan atau bantahan berdasarkan timbangan hujah-hujah ilmiah yangdisuarakan oleh sasterawan dan ahli bahasa. Para pengkarya kreatif dan ahlibahasa bakal menghadapi jalan berliku seandainya sikap dan pandangan ahli politikterhadap kepentingan seni dan sastera bersifat sekadar di permukaan. Tambahanpula tiada rancangan khusus disediakan dalam televisyen kita untuk membicarakanhal-hal kesusasteraan jika dibandingkan dengan kekerapan paparan duniaremeh-temeh tentang artis bergaduh sesama sendiri berebut pasangan. Jadi, apaperlunya memikirkan persoalan masa depan sastera dan bahasa kepada negara kitaselagi ada makanan di dapur? Jarangbenar berlaku persamaan perspektif antara golongan seni dan ahli politik hinggamenyebabkan isu sebenar kesusasteraan dan kebahasaan menemui lorong mati danterbengkalai selamanya di situ. Atau diperalatkan oleh individu tertentu denganagenda mengukuhkan kedudukan peribadinya untuk menjadi hero masyarakat ataukaum. Tidak menjadi keanehan setiap perkara dan isu sama ada terpencil atautidak, berpotensi dileburkan menjadi modal politik di negara berbilang kaum danbudaya. Memang, sudah tentu dunia politik tidak memerlukan kata-kata puitisuntuk meraih undi. Maka, golongan pengkarya kreatif tentu maklum bahawa mereka hidupbukan lagi pada era satu pemerintah. Di situlah kaum pengkarya dicabarintelektualiti penglibatannya dalam dunia pengkaryaan. Apakah sumbangan merekakepada masyarakat selain mengumpul keuntungan hasil dari royalti buku ceritamereka? Malangnya,nilai sastera tidak dipandang secara terhormat di negara kita. Juga malangkerana bidang kesusasteraan itu semakin diperlekehkan sumbangannya olehpihak-pihak yang tidak pun bergelut dan memahami proses pengkaryaan karyakraetif. Menulis sebuah cerpen, misalnya, tidak seperti menyiapkan sebuahkerusi kayu yang memperincikan ketepatan setiap posisi. Apabila sesuatu isukesusasteraan dicetuskan oleh ahli politik, apakah impaknya kepada nilaikesusasteraan? Golongan masyarakat sudah tentu memandang serong tentang imej duniapengkaryaan kreatif itu sendiri. Kepada masyarakat awam, mereka tidak mungkin dapatmenerima alasan mengapakah karya fiksyengagal memerikan ketepatan fakta sebagaimana laporan pembaca meter air. Tidakmustahil nanti masyarakat awam akan menilai bahawa gambaran kerja mendongengkancerita sesungguhnya bukan sesuatu pekerjaan seni yang layak dipandang tinggi. Martabatketinggian kualiti hasil karya dibandingkan dengan timbunan batu permata. Justeruuntuk mencapai kejayaan dalam hidup masa moden, maka gunakanlah bahasaantarabangsa, iaitu bahasa Inggeris. Seolah-olah perjuangan mendaulatkan bahasaIbunda sekadar mitos, berunsur politik perkauman dan ketinggalan zaman keranagagal bersaing mengadaptasi teknologi terkini. Sudah pun terjadi apabila sasterawantidak semena-mena didakwa menjadi batu api perkauman, misalnya. Berkecailahimej kesusasteraan. Bagaimanakah kaum pengkarya kreatif berhasil menghakispandangan serba hitam begini? Dengan menulis kisah cinta anak muda terus-menerus? Entahbilakah agaknya kita berpeluang melihat tokoh-tokoh pengkarya diangkat keperingkat tertinggi negara sebagaimana diperolehi sebilangan besar ahli-ahlisukan serta artis. Dunia seolah-olah tidak bersikap adil dengan kesusasteraandan itulah realiti yang selama ini menguatkan lagi stigma bahawa bidangkesusasteraan itu bukan aset bernilai kepada pencapaian sesebuah negara. Selainsiri penganugerahan bertaraf negeri dan kebangsaan, kesusasteraan kita masihlagi dianggap sekadar dunia kata-kata, sandiwara dan tidak sepopular bidanghiburan yang kita maklum dijadikan modal pelaris kelangsungan hayat sesebuahmedia. Dan sebagai peminat kesusasteraan, kita tidak ingin lagi melihat penyiaranlaporan pembakaran buku atau gambar sasterawan di akhbar, kerana ia jelasmengaib dan merendahkan kredibiliti kesusasteraan yang ditulis dengan perantiimaginasi seni si pencerita. Prosesnya bukan kepalang payah. Jikaisu di atas agak kompleks atau lofty sifatnya,bagaimana pula dengan isu rintihan pengkarya-pengkarya di Sarawak dan Sabahyang dikatakan gagal menempatkan diri di media kebangsaan? Tiada kesudahannyakeluhan ini. Isu sebegini pernah ditimbulkan bertahun-tahun dahulu. Apakahpersoalan sedemikian belum boleh dianggap klise? Apakah benar laluan trafikkepada pengkarya-pengkarya dari Sarawak dan Sabah tidak selancar sebagaimana dinikmatioleh rakan-rakan di Semenanjung? Pengkarya sebagai peminat kesusasteraan berasatertarik memikirkan krisis ini memandangkan pengkarya berasal dari negeriSarawak. Mengapa hal sebegini masih dihangatkan kembali dan apakah benarkesusasteraan kita bersifat kenegerian? Apakah mungkin editor yang mengendaliruangan sastera kebangsaan kononnya memilih dan menyiarkan karya-karya kenalandari kalangan tertentu sahaja saban bulan? Harusdiakui, kita kekurangan media sastera berprestij. Media sastera berprestijtidak semestinya diterbit oleh penerbit terkenal. Pada zaman serba canggih ini,malangnya media sastera kita masih bersifat konvensional yang membawa maksudpengisian kandungan dan penyampaiannya. Bahkan muncul penerbitan media-mediasastera gaya baharu berbentuk zineselain usaha yang dilakukan oleh pengarang-pengarang kreatif untuk menerbitkanhasil pengkaryaan sendiri. Dan kini ia menjadi fenomena kepada pengarang generasibaharu. Sedanggolongan pengkarya kreatif bertambah bilangannya dan sudah tentu mendesakkeinginan mereka melihat karya-karya sendiri tersiar di media. Hal inilahkurang diusahakan. Golongan pengkarya kreatif mahukan ruang dan penyiaran lebihadil. Disebabkan itulah timbul pelbagai isu seperti diskriminasi yang mendorongpelbagai emosi kurang menyenangkan. Pengkarya-pengkarya kreatif tetap masihmahu terus menerbitkan hasil pengkaryaan mereka dalam media kebangsaan yangdikenali umum. Bukanhanya majalah-majalah terbitan DBP yang menyediakan ruangan kreatif, malah akhbar-akhbarnegeri mahupun kebangsaan bahkan beberapa majalah turut memperuntukan ruanganseperti itu. Pengarang kreatif dipelawa mengirim bahan tulisan dan berhentimerungut. Editor menunggu kedatangan buah tangan mereka. Maka, dari manakahdatangnya dakwaan bahawa ruang sastera negara kita begitu sempit? Kepada golonganpengkarya kreatif semasa, mereka mahukan sebuah media sastera alternatif yangjika boleh, setanding dengan media-media seperti Harpers, New Yorker atau Granta. Permintaan sebegini mungkin sukartertunai kerana aliran pasarannya tidak sehebat dengan penerbitan majalah yangmemuatkan koleksi kain fesyen terbaru, misalnya. Isuketidakpuasan hati mula kedengaran bingit sejak keputusan Hadiah SasteraPerdana Malaysia (HSPM) baharu-baharu ini yang memilih empat orang pengkarya kreatifdari Sarawak sekaligus sebagai penerimanya. Siapakah boleh mempersoalkan rezekiTuhan? Dihebohkan isu ini di laman sosial malah akhbar arus utama juga turutmemuatkan keluhan pengarang-pengarang kreatif. Apakah penganugerahan HSPM diberikankepada empat orang pengkarya kreatif dari Sarawak telah menimbulkan rasacemburu dalam kalangan pengkarya yang tidak terpilih? Ini sungguh menyedihkankerana bidang kesusasteraan seolah-olah diperlakukan seperti persaingan sukan. Pekerjaanseni yang subjektif memang menjadi spekulasi apabila dipertandingkan. Jugadibangkitkan betapa pengkarya kreatif yang sama kerap muncul di mediakebangsaan saban bulan sementara pengkarya-pengkarya dari Borneo kelihatanbegitu payah untuk menembusi media kebangsaan. Pandangantajam dan kadang-kadang agak emosional, agar sastera kebangsaan lebih bersifatadil kepada pengkarya-pengkarya yang berada di luar Kuala Lumpur, tetap pentinguntuk direnungkan dengan maksud membukakan mata pihak tertentu. Tiada pengkaryakreatif menulis sekadar untuk tatapan peribadi sahaja. Jauh di dalam hati mereka,karya-karya kreatif dihasilkan dengan penuh perhatian di dalam bilik peribadimereka, bakal tersiar di media-media berprestij. Sebagai pengarang kreatif,adalah tampak pelik seandainya membising dengan mengatakan karya-karya tidak tersiar sedangkan mereka tidak punmengirimkan bahan tulisan. Jika ada pun, bagaimana kualiti pengeditannya? Di manakahlogik luapan rasa marah sebegini? Juga tampak mengecewakan lagi sekiranyaeditor sesebuah ruangan sastera itu seandainyabersikap hanya menyiarkan karya dari kenalan mereka tertentu sahaja. Maka,apabila puluhan karya kreatif dikirim kepada editor ruangan sastera namun tidakdisiar walaupun sebuah, sudah tentu ada sebab berasas golongan pengkaryakreatif berasa dianak tirikan. Tetapipengkarya ingin melihat subjek ini dari perspektif lain yang lebih utama. Tiadayang lebih mustahak selain kualiti dan mentaliti seseorang pengkarya kreatifitu sendiri sebelum mereka mempersoalkan sikap editor sesebuah media atau pihaklain. Tidak mengejutkan bahawa segelintir pengkarya kreatif sangat berkirauntuk melaburkan duit mereka untuk buku-buku berkualiti berbanding untukdihabiskan kepada model terbaharu gadgetatau perhiasan sebagai menunjuk-nunjukkan kemewahan luaran. Apakah merekamenyalahkan editor seandainya karya-karya mereka yang masih tidak menampakkanperubahan kualiti tidak disiar? Sedangkan beberapa pengkarya kreatif lain sudahjauh meninggalkan mereka dengan pembacaan terkini. Isupenganugerahan HSPM yang dibangkitkan oleh pengkarya kreatif kemudian merebakkepada luahan kekecewaan kerana kegagalan menempatkan karya ke media utamakebangsaan, barangkali adalah manisfestasi klise apabila membicarakan perkembangansastera di Sarawak dan Sabah. Tindakan segelintir pengkarya kreatif dari Borneotidak berpuas hati ini juga tidak semestinya dinafikan kepentingannya. Keterpisahanmereka dari tanah Semenanjung tidak mustahil menjadikan hati dan kepekaanmereka bertambah sensitif. IMalaysia dalam bidang kesusasteraan harusbenar-benar bersifat menyeluruh. Bahkan mereka membeli sesebuah media secarakonsisten dan sudah tentu memantau penyiaran karya-karya kreatif. Tidakdinafikan mengapa suara golongan pengkarya kreatif ini demikian keras menuntutjawaban dan perhatian dari pihak berkenaan. Mendapattempat di ruangan sastera dalam media kebangsaan sama pentingnya denganmemperolehi pengiktirafan kesusasteraan peringkat kebangsaan. Media sasterabertaraf kebangsaan seolah-olah bagai mengangkat status nama pengkarya kreatif itu keluar darikepompong kenegerian. Benarkah? Apakah sungguh geografi menjadi jarak pemisahdalam kesusasteraan pada era dunia tanpa wayar? Insan kreatif seperti AwangkuMerali Pangeran Mohamad dan Amil Jaya dikenali oleh peminat sastera kebangsaankerana kualiti yang terdapat dalam karya-karya mereka. Kecanggihan persoalandan ketajaman renungan yang terkandung dalam tulisan pengarang-pengarangtersohor dari Borneo itu sudah cukup melayakkan nama mereka meraih publistikebangsaan. Dan elemen-elemen sebegitulah yang dicari oleh penilaian seseorangeditor. AkhbarBerita Harian bertarikh 17 Mei dalamruangan sasteranya, menyiarkan berita bahawa nilai wang untuk hadiah HSPM akandinaikkan sekali ganda. Berita ini memang kedengaran manis tetapi tidak kepadagolongan pengkarya kreatif yang masih merasakan kehadiran mereka seolah-olahtelah dipinggirkan oleh media kebangsaan. Laluan trafik karya kreatifsebenarnya, jika boleh, harus bersifat terbuka dan lancar hanya kepadakarya-karya yang memenuhi piawai kualiti. Dan bukan seperti yang didakwa olehsegelintir golongan pengkarya kreatif bahawa wujudnya sifat bias, pilih kasihdan kenegerian di kalangan editor. Politik dan sebarang agenda lain tidakseharusnya dibenarkan masuk mencemari nilai kesusasteraan. Golongan pengkaryakreatif yang benar-benar komited akhirnya tersepit dan menanggung tekananemosi. Apabilagolongan pengkarya kreatif mula mempersoalkan sikap negatif pihak editor,perkara pertama perlu mereka persoalkan ialah kualiti pada karya merekaterlebih dahulu. Mereka tidak mungkin duduk selama-lamanya dalam bilik sepi danmenutup diri dari realiti kehidupan sebenar di luar. Segala kata-kata indahyang berbunga-bunga pada skrin komputer tidak mungkin benar pada pembacaanmanusia biasa di luar keasyikan pengarang. Sebagaimana pelbagainya coraktingkah laku manusia di luar teks, maka sebegitu jugalah karya sasteradipelbagaikan gaya pengkaryaan sejalan dengan permasalahan hidup masa kini.Kenyataan sama ada karya sastera mengadaptasi kehidupan atau mencipta kehidupanyang mustahil berlaku dalam kehidupan sebenar, golongan pengkarya kreatif mahutidak mahu hidup di tengah-tengah komuniti manusia. Profesionalisme editor dan keterampilan pengkarya kreatifbakal bertembung pada taakulan kualiti sesebuah hasil pengkaryaan. Inilah zonyang mencabar standardisasi sesebuah pencapaian karya kreatif. Jika karyakreatif dikirimkan itu melepasi tahap kualiti untuk disiarkan dalam media,maka, tiada masalah bakal meletus dari kedua-dua pihak. Dan diharap selepasitu, laluan trafik untuk melihat karya kreatif masing-masing menembusi mediasastera berprestij, lebih lancar dan tidak tersekat dalam laci meja editor.Tidak seperti menukang sebuah kerusi kayu, karya kreatif sangat subjektif dankompleks janaan falsafahnya. Inilah aset istimewa sesebuah karya sastera jikaingin bersaing dengan kehadiran ramai pengarang mapan mahupun dari generasibaharu yang semakin berasak-asak ingin menempatkan karya dan nama di sesebuahmedia. Makanya, suara rungutan golongan pengkarya kreatif yang berasa dianaktirikan oleh editor tidak akan kedengaran lagi hari ini dan sampai bila-bila.
p/s - terbit buat pertama kali dalam ruangan Yang Indah Itu Bahasa, akhbar Utusan Borneo, 2011 .
Published on March 04, 2012 23:26
No comments have been added yet.
Roslan Jomel's Blog
- Roslan Jomel's profile
- 25 followers
Roslan Jomel isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.
