Apa yang Majikan Mahukan dari Graduan

Apa yang majikan mahukan? Pertama adalah kemahiran komunikasi, kemahiran komunikasi adalah skil yang sangat penting bagi alam pekerjaan hari ini. Ini termasuk komunikasi verbal, tulisan dan juga body-language yang menunjukkan kita selesa berkomunikasi. Jika anda menulis emel, pastikan anda menyemak apa yang ditulis, baca semula beberapa kali, cuba baca dari sudut pembaca, pastikan mesejnya mudah difahami. Kemahiran komunikasi bukan sekadar kemahiran bertutur, anda juga perlu ada kemahiran mendengar, berinteraksi, dan memberikan pendapat bernas (feedback), komunikasi adalah two-street process.

Majikan juga mahukan pekerja yang jujur,bukan percintaan sahaja yang mendambakan kejujuran. Jangan kita menokoktambah (exaggerate) pengalaman yang kita ada untuk menunjuk-nunjuk.Mungkin anda berjaya dalam proses pemilihan namun lambat laun ia akanterbongkar dan kepercayaan yang telah tercalar sukar diperolehi semula.Pastikan pengalaman dalam resume adalah pengalaman yang jujur. Penemuramah yangberpengalaman boleh melihat sama ada anda jujur atau tidak, pastikan anda originaldan genuine. Tidak mengapa untuk mengaku salah dan memperbaikikesilapan, ia adalah satu karakter yang berguna dan dihargai.

Sesetengah majikan juga mencari pekerjayang setia. Syarikat seperti ini biasanya akan membayar gaji pekerjalebih sedikit dari tangga gaji pasaran untuk retention, bermaksud merekamahukan pekerja yang setia yang bertahan lama. Ada juga syarikat yangmengamalkan polisi hire and fire untuk membolehkan merekamengeksploitasi pekerja, terutamanya pekerja muda dengan membayar gaji yangrendah. Nasihat saya kesetiaan itu perlu kita berikan sekiranya kita merasakankita diberi gaji dan manfaat yang setimpal, juga suasana kerja yang baik.Sekiranya gaji tidak setimpal dan suasana kerja yang toxic, anda perlukeluar segera apabila ada peluang baru yang muncul.

Majikan juga tentunya mencari pekerja yangboleh diharap, yang boleh deliver dengan pengawasan yang minimum dalamkata lain tidak memerlukan micro-management. Proaktif dalam mencaripenyelesaian masalah dan sentiasa menyiapkan sebarang tugasan yang diberikandalam tempoh yang ditetapkan. Semasa temuduga tanyakan soalan perihal pekerjaanyang diminta, tanya spesifikasi tugas supaya anda kelihatan proaktif danberfikiran kehadapan untuk menerima tugas yang bakal diberikan. Walaupun tidaksemua jenis pekerjaan memerlukan kemahiran kolaborasi, kemampuan untuk bekerjadalam satu pasukan (teamwork) sangat penting dalam dunia korporat. Malahsesetengah temuduga mempunyai modul dimana calon diminta untuk bekerja dalamkumpulan. Pengalaman-pengalaman menjawat jawatan dalam organisasi, kelab, danpersatuan juga merupakan antara perkara penting yang membuktikan bahawa kitaboleh bekerja dalam kumpulan.

Kebolehan pekerja untuk memberifleksibiliti merupakan antara nilai penting pada permulaan kerjaya. Fleksibititurut bermaksud cepat menyesuaikan diri dalam suasana baru. Elakkan berkiradengan kerja di awal karier, tumpukan niat untuk belajar dan mencari kemahiranagar anda boleh menjadi competent secepat mungkin. Namun apabila andasudah semakin stabil dalam dunia pekerjaan, anda mungkin mahu untuk mencaripekerjaan yang memberikan anda work-life-balance, di mana syarikatmenghormati masa percutian anda juga masa anda Bersama keluarga.

Antara sikap yang paling penting yangperlu ada pada pekerja baru adalah rendah diri dan sentiasa mahu belajar.Pekerja yang bodoh tetapi mahu belajar lebih berguna dari pekerja yang pandaitetapi belagak dan tak mahu belajar. Sentiasa rendahkan diri dan belajar darisemua orang, baik senior mahupun junior. Apabila ada kursus atau kelas yangditawarkan oleh majikan semasa bekerja, sentiasalah menyertainya. Kita mestimempunyai mindset untuk sentiasa up-skill diri kita. Apabila ada tugasbaru, jangan menolak dan mengatakan “saya tidak tahu”, terima tugasan itu danbelajarlah untuk menyelesaikannya. Tunjukkan bahawa anda merupakan pekerja yangmencintai ilmu. Semasa temuduga terangkan bagaimana anda merupakan seorang yangminat membaca dan bercita-cita untuk menyambung pengajian pada tingkat yanglebih tinggi.

Untuk kelihatan meyakinkan semasa prosestemuduga, anda juga perlu kelihatan konfiden dalam masa yang sama sentiasagenuine. Orang yang konfiden merupakan orang yang tahu apa yang dirinyamahukan. Dalam masa yang sama mereka mampu berkomunikasi dengan jelas perihalidea-idea yang mereka ada. Pastikan anda punyai matlamat yang besar, bukansekadar mahukan kerja untuk mencari makan. Pastikan anda menerangkan bagaimanapekerjaan yang anda mahukan itu dapat membantu anda merealisasikan cita-citabesar anda. Jika anda sudah bekerja dalam sesuatu bidang dalam tempoh yanglama, anda perlu konfiden untuk menjadi subject-matter-specialist danmengambil ownership dalam tugas dan bidang anda.

Akhir sekali,pekerja yang baik adalah pekerja yang mempunyai etika kerja danprofessionalisma yang tinggi. Pamerkan bahawa anda merupakan pekerja yangberprinsip dan berintegriti. Sentiasa menjaga masa dan menyiapkan semua kerjadalam masa yang ditetapkan. Berkerja dengan penuh bangga, bangga dalam erti kataanda merasakan bahawa kerja anda bermakna untuk masyarakat. Dengan ini oranglain dapat melihat kualiti kerja anda.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 21, 2021 21:18
No comments have been added yet.