Saya tak tahu pun apa nama serangga ni. Oleh kerana hampir menyerupai belalang, maka belalanglah yang saya namakan. Saya tanyakan di instagram, ada kawan kata namanya Shield Bug aka Stinky Bug. Nama bahasa Melayunya, Kesing.
Wallahualam.
Bila dah melihat dengan lebih dekat, barulah saya perasan kepalanya tidaklah besar. Mungkin sama saiz seperti butir jagung rasanya. Sekali pandang, bentuk badannya seperti perisai mempunyai kepala yang besar.
Dengan Lensbong, semuanya semakin jelas. ...
Published on August 07, 2021 17:00