TAKUT

1. Kami cuba dapat ramai orang untuk memberi pendapat berkenaan darurat. Ramai mereka yang berpendapat darurat tidak perlu. Mereka sebut beberapa sebab mereka berpendapat demikian.

2. Mereka jelaskan tetapi ternampak mereka dalam ketakutan. Mereka rendah suara sambil memandang sekeliling mereka. Dan mereka pun pesan jangan bagi tahu sesiapa berkenaan pendapat mereka.


3. Kata mereka, mereka takut kerana Kerajaan penuh kuasa dan boleh buat apa sahaja kepada mereka. Denda sebanyak 5 juta dan penjara 10 tahun. Tidak boleh dapat perlindungan undang-undang.

4. Saya cuba jelas Kerajaan tidak boleh buat begitu. Tetapi mereka tidak berasa senang.


5. Disuruh tandatangan surat rayuan supaya darurat ditarik balik – mereka tolak.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 24, 2021 17:24
No comments have been added yet.


مهاتير محمد's Blog

مهاتير محمد
مهاتير محمد isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow مهاتير محمد's blog with rss.