Beruratkan Dawai Berdarahkan Raksa

Kemudian setelah tamat ijazah, bertugas sebagai pembantu penyelidik, tutor dan pensyarah sambilan (sekitar 2014-2017), saya mula perlahan-lahan meminati topik kelangsungan bangsa Melayu.
Kelangsungan atau survival orang Melayu melibatkan bagaimana mereka bertahan sebagai satu etnik, kaum atau bangsa, juga bertahan dari segi bahasa dan budaya, cara hidup, cara pandangan kehidupan atau manusia yang memiliki tanahair (homeland). Saya memang sudah lama berimpian untuk menulis buku yang menjurus kepada topik ini, dengan cara yang mudah difahami orang Melayu dari kampung hinggalah ke bandar. Satu penjelasan yang dipermudahkan dan straight to the point, tanpa berbasa-basi dengan bahasa akademik dan jargon, atau bahasa novel penuh plot twist yang menekankan hukum show, don't tell yang sengaja menjela-jelakan ayat bagi menambah halaman. Tidak, bahkan saya akan memberitahu semahu-mahunya, nothing to hide.
Kitab Raksa

Buku saya yang ke-6 ini keluar pada pertengahan Mac 2020. Saya mula mengumpul bahan-bahan manuskrip seperti nota-nota saya dan catatan-catatan kuliah sama ada yang bertulis atau dalam talian pada hujung 2019. Sebenarnya jika nak dinyatakan berapa lama menghasilkan buku ini, saya boleh jawab sekitar 4-5 tahun.
Buku ini adalah buku pertama saya yang memiliki tema tersendiri sepenuhnya. Buku sebelumnya seperti Rentaka Sekalian Bijasura (2017) dan Kursani Segenap Bimasakti (2018) ada temanya namun saya selitkan juga artikel-artikel pendek berkisar sejarah Melayu. Emas Para Dapunta & Maharaja (2015) dan Baiduri Segala Permaisuri (2016) pula berkonsepkan kompilasi artikel-artikel sejarah manakala Semberani Sang Bidasari (2019) pula masih kompilasi artikel-artikel sejarah namun saya ubah gaya persembahan, menjadikannya seolah-olah menyelami ke sebuah diorama sejarah Melayu yang penuh misteri.

Buku ini bertemakan anti penjajahan dengan tagline "Ilmu-ilmu ghaib anti penjajahan". Saya mengumpulkan 30 taktik penjajah dalam kerja-kerja penjajahannya yang saya gelarkan sebagai 'ilmu hitam'. Setiap taktik saya dedahkan modus operandi-nya dan bersekali dengan cadangan cara mengatasinya.
Saya tulis dalam bentuk point by point bagi memudahkan pembacaan, supaya cara penulisan berperenggan yang biasa tidak 'menyihir' para pembaca supaya menjadi keliru, cepat mengantuk atau tertinggal perkara-perkara penting dalam buku ini.
Saya juga memasukkan satu bab yang penting juga, "Si Kitol" dalam buku ini. Dalam pembuka bicara, saya ada menyatakan bahawa di sepanjang sejarah Melayu, jika bukan disebabkan perpecahan sesama Melayu, wajiblah Melayu musnah jahanam sebab Kitol ini.

Buku ini kira semacam 'buku teks' untuk bangsa Melayu belajar memahami selok-belok ilmu penjajahan yang berlaku di zaman imperialisme dahulu. Ia bukan sahaja merangkumi faktor-faktor jelas menyumbang kepada dijajah seperti pertahanan kerajaan atau negara yang lemah, teknologi dan sistem pentadbiran, malah ia juga meliputi topik propaganda penjajah, tipu muslihat penjajah dan dasar-dasar penjajah yang menekan orang Melayu dan pribumi lainnya untuk berada dalam zon penjajahan.
Alhamdulillah, buku ini mendapat sambutan hangat ketika dilancarkan seca kombo bersama-sama buku Dunia Tanpa Tembok III dengan mencatatkan rekod jualan tertinggi ketika itu dalam sejarah penubuhan Patriots Publishing.

Cabaran & Haters Yang Berniat Menumpahkan Darah

Sudah tentulalah ada cabaran-cabarannya ketika saya menyusun manuskrip dan mengeluarkan buku ini. Ketika itu para haters saya telah menubuhkan banyak 'pertubuhan' untuk menjatuhkan saya. Federasilah, Laksamanalah, Apsaralah, Gerodalah...macam-macam dan hari ini semua pertubuhan yang saya namakan 'angkatan Ahzab' (inspirasi dari pakatan kafir ketika Perang Ahzab) sudah berantakan dan berpecah belah. Kini kepala-kepalanya sudah mufarakah antara satu sama lain, baik yang kepala libtard-nya, yang kepala scammer-nya, yang kepala Joker-nya semua buat hal masing-masing
Srikandi's Blog
- Srikandi's profile
- 29 followers
