Mustajab

"Dr, masa berbuka sudah hampir. Jangan lupa berdoa," itulah pesan Al-Walid ketika kami berbincang tentang nama-nama yang mahu dipertimbang untuk Masjid di Somalia.


Lalu beliau menyebut hadis yang menyatakan bagaimana doa yang mustajab. Doa orang yang berpuasa, ibu bapa yang mendoakan anak-anak dan mereka yang dizalimi.


Tiada satu pun yang mengaitkan doa mustajab dengan tempat atau lokasi. Maksudnya, setiap orang yang berpuasa, mereka yang bergelar ibu dan ayah serta mereka yang berasa dizalimi mempunyai keistimewaan dalam aspek berdoa.


Bayangkan pula bagaimana ibu bapa yang berdoa pada ketika 1/3 malam tersisa. MasyaAllah, Allahu Akbar! Bayangkan juga ibu bapa yang berpuasa dan berdoa buat anak-anak mereka.


Ia untuk kita berfikir.


"Boleh kita biarkan penyumbang KRTS memilih nama masjid?," saya memberi cadangan. Sebenarnya saya tidak berminat untuk menamakan masjid tersebut.


Saya hanya teruja dan suka jika ia menjadi realiti dalam waktu terdekat. Dan itulah doa saya ketika berbuka puasa.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 05, 2012 11:14
No comments have been added yet.


Muhd. Kamil Ibrahim's Blog

Muhd. Kamil Ibrahim
Muhd. Kamil Ibrahim isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Muhd. Kamil Ibrahim's blog with rss.