Kakak Fatimah

You are like my sister


Fatimah adalah salah seorang guru Sofea dan Amirul di sekolah pagi.


"Ayah, besok birthday kakak Fatimah. Sofea hendak beli hadiah." begitulah hubungan baik mereka bertiga.


Di sekolah, Sofea dan Amirul diberi layanan istimewa. Mereka mendapat personal tusyen bahasa Arab daripada guru-guru di sini. Hasilnya, Amirul sudah boleh bertutur dalam bahasa Arab dengan agak pantas. Beliaulah yang akan ke hadapan terutamanya ketika berada di kedai.


Jika pemandu lewat sampai, Sofea dan Amirul di bawa pulang oleh Fatimah ke rumahnya. Bila sampai di rumah kedua-duanya sudah kenyang dijamu oleh keluarga Fatimah.


Hakikatnya, saya selalu berasa sebak dengan pelbagai nikmat yang diberi Allah. Ramai orang yang tidak saya kenali berlaku baik dengan kami sekeluarga.


Ia kelihatan kecil tetapi menjadi signifikan bila kita berada di negara asing. Kami mohon keampunanMu ya Allah.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 24, 2012 11:50
No comments have been added yet.


Muhd. Kamil Ibrahim's Blog

Muhd. Kamil Ibrahim
Muhd. Kamil Ibrahim isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Muhd. Kamil Ibrahim's blog with rss.