Tetamu dari Jeddah

Makan pagi di Jabal Ohud. Nasi lemak berlauk kambing, ayam dan telur. Saya menambah. Sedap tu...

Keluarga pertama yang bermalam di Jabal Uhod
Madinah sudah mulai sibuk. Di jalan raya sekitar Haram dan di ruang solat. Namun ia masih jauh suasana kesibukan berbanding musim haji.
Kami juga sudah mulai menerima tetamu. Semalam, Tuan Haji Hasnan dan keluarga. Mereka tinggal di Jeddah. Bersama mereka dua anak perempuan yang sedang menuntut di UIA.
Khabarnya cuti semester.
"Haji, mahu berdoa di Raudhah…?," saya bertanya beliau usai solat subuh. "Inilah ketika yang paling mudah memasuki Raudhah kalau berpandukan pengalaman saya di sini, InsyaAllah".
Kenapa?
Usai solat subuh orang tidak solat sunat. Jadi mudah untuk kita bergerak. Kedua, mereka yang bertumpu di kawasan Raudhah sejak 3-4 pagi akan memulakan hari baru.
Mereka akan beredar pergi.
Kemudian, Raudhah akan disiap-siapkan untuk menerima kaum wanita. Jadi, ia kelihatan akan ditutup. Hakikatnya ia masih ada 1 jam sebelum ia ditutup sepenuhnya.
Allahu Akbar, Dia izinkan. Tuan Haji Hasnan terus ke saf hadapan ruang wanita. Gembira saya melihat beliau teruja!
Anak Murid

Moayad, Faizal dan Mohamed

Sheikh Mater dari Yanbu

Malu bila mahu diambil gambar
"Terima kasih kerana menjadi anak murid yang baik," itulah ucapan ringkas saya kepada anak-anak murid yang berkunjung ke rumah di Jabal Ohud.
Saya meraikan 11 pelajar yang baru menamatkan pengajian dengan saya, subjek Financial Accounting. Saya tahu mereka OK dengan saya.
Mereka menangguhkan cuti semata-mata mahu menerima jemputan makan malam yang saya sampaikan kepada mereka. Prinsip saya mudah, "kita sayang orang, orang akan sayang kita".
Mudah-mudahan hubungan kami berkekalan selamanya!
Tetamu dari Riyadh
Saya tidak kenal prof… akui Maz dari Riyadh.
Namun suami beliau pernah membaca buku Travelog Haji.
Kenal atau tidak ia bukan soal utama tetapi kena habiskan briyani JM yang telah dimasak oleh Roza. Usai makan, saya menyampaikan sedikit tazkirah untuk dijadikan renungan.
Saya mengingatkan diri agar lebih hampir kepadaNya.
Di hujung malam, lega setelah berjaya meraikan 22 tetamu dalam tempoh 22 jam.
Muhd. Kamil Ibrahim's Blog
- Muhd. Kamil Ibrahim's profile
- 102 followers
