Doa

RM23373 dalam tempoh enam jam!


Saya menunggu hari Jumaat untuk melancarkan Tabung Masjid KRTS. Ia penghulu segala hari.


Jam Arab Saudi menunjukkan hampir 12 tengah malam ketika saya menekan punat Publish. 4 jam kemudian saya melihat jumlah terkumpul sudah melebihi angka RM15000.


Allahu Akbar.


Kini selepas 6 jam ia sudah menghampiri RM25000. Saya semakin berdebar dengan amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.


Saya memikirkan, adakah saya masih ada untuk menyaksikan rancangan ini menjadi kenyataan, "berikanlah daku sedikit masa untuk menyudahnya ya Allah".


"Ya Allah permudahkanlah kami untuk membina rumah Mu ya Allah. Kami lakukan ini semua semata-mata kerana Mu ya Allah. Kau permudahkanlah, permudahkanlah ya Allah.


Jauhilah kami dari mereka yang ingin mengambil kesempatan di atas rancangan ini ya Allah. Temukanlah kami dengan mereka yang berhati jujur, tulus, ikhlas dan mahu melakukannya semata-mata kerana Mu ya Allah.


Jadikanlah masjid yang terbina nanti terbina di atas dasar taqwa. Makmurkanlah masjid ini ya Allah.


Kami mohon keampunanMu ya Allah".


Tiada apa yang dapat saya offer kepada kesemua penyumbang kecuali doa tulus ikhlas – setiap kali saya memohon kepadanya – agar kita semua mempunyai rumah sendiri di Jannah nanti.


Mereka yang telah menghantar e-mel ke mki@muhdkamil.org, saya tidak akan membalasnya dalam masa terdekat kerana sedang menyusun group e-mel agar mudah untuk kita berkomunikasi.


Jangan khuatir tiada limit 100. Sesiapa pun boleh menyumbang sehingga tarikh 19.1.2014.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 19, 2012 20:14
No comments have been added yet.


Muhd. Kamil Ibrahim's Blog

Muhd. Kamil Ibrahim
Muhd. Kamil Ibrahim isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Muhd. Kamil Ibrahim's blog with rss.