Dodo
Waktu kau wujud,
Kau diburu disegenap penjuru
Habis kerabatmu dilapah diratah
Kini kau tiada lagi
Kau pupus, kau hapus
Namun namamu jadi sebutan
Jasamu jadi ingatan
Seantero dunia memberi penghormatan
Biarkan mereka berkata; biarkan mereka persenda
Pergilah dodo - biarkan saja mereka
Kerana akhirnya penyesalan tiada lagi berguna...
Ps: sajak ini tiada kena mengena dengan isu semasa dunia pendidikan Malaysia



Published on April 20, 2020 18:51