Rangkaian mimpi yang semakin rancak memasuki tidur saya. Dan seperti dulu, Sdr, saya sangat dungu untuk memahami, apalagi takwil mimpi seperti itu. Mungkin juga sekuat itu dia mengirim isyarat. Atau mimpi itu adalah mainan
sub conscious saya terhadap satu keterpedayaan. Mirip tulis Ebiet G Ade dalam Camelia III,
kuanggap engkau berlebihan. Seperti watak lelaki yang diseret masuk ke ruang impian dalam cerpen
Kupu-kupu Biru di Penjuru Qalbu, saya juga mahu bertanya, apakah benar dia mahu meninggalkan kenangan?
Published on February 16, 2020 13:08