Tabung KRTS untuk Baitul Ehsan

 


Ruang atas Baitul Ehsan selepas berbumbung


Bumbung dalam proses pembikinan


Pemasangan Tiles


Ingat lagi dengan sumbangan khalayak KRTS dan rakan FB kepada Baitul Ehsan?


Alhamdulillah, Baitul Ehsan kini mempunyai bumbung di bahagian atas rumah mereka. Ia kawasan lapang yang boleh digunakan untuk solat berjemaah, kuliah dan pelbagai kegiatan lain.


Ia seharusnya kekal begitu buat masa yang panjang.


Terima kasih daripada mereka di Baitul Ehsan kepada kesemua mereka yang telah menyumbang.


Alhamdulillah….


Bertanya atau berbincang


Guru bahasa Arab saya ialah pemuda Somali. Beliau masih lagi mengikuti pengajian Hadis di peringkat sarjana. Minggu ini saya sepatutnya terlepas dua kelas akibat dijadualkan menjaga peperiksaan di Universiti.


Semalam beliau mencadangkan, "Jika Dr boleh kita awalkan kelas sebelum waktu zohor….". Beliau bersungguh mahu mengajar. Beliau juga seorang guru yang baik, sabar dan menjaga masa.


Alhamdulillah.


Selain belajar bahasa Arab, saya suka berbincang beberapa isu yang menarik perhatian. Memandangkan beliau seorang lulusan pengajian hadis maka saya gemar bertanya tentang kepakaran beliau.


Misalnya, saya pernah bertanya tentang hadis ini,


Rasulullah bersabda: "Puasa yang paling Allah cintai ialah puasa Nabi Daud, iaitu dia berpuasa satu hari dan berbuka satu hari. Solat yang paling Allah sukai ialah solat Nabi Daud, iaitu dia tidur hingga pertengahan malam lalu bangun mendirikan shalat pada sepertiga malam dan tidur lagi di akhir seperenam malamnya." [Shahih al-Bukhari, no: 3167].


Soalan saya agak kritikal, kenapa agaknya Allah mencintai puasa nabi Daud? Ia mesti ada penjelasan yang boleh difikirkan.


Dan ia sangat menarik!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 02, 2012 08:32
No comments have been added yet.


Muhd. Kamil Ibrahim's Blog

Muhd. Kamil Ibrahim
Muhd. Kamil Ibrahim isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Muhd. Kamil Ibrahim's blog with rss.