Pengalaman


[image error]

Tugas malam, jika diberi pilihan sesuatu yang akan saya tolak. Semoga Allah memberkati mereka yang mencari ilmu.


Pengalaman bertambah setiap hari.


Hari ini saya mendapat pengalaman baru bertugas di tempat baru, universiti Taibah. Baru berbanding dengan kerjaya saya di UiTM yang hampir 23-24 tahun.


Ketika meninggalkan UiTM Johor, setiap pensyarah perlu mengawas peperiksaan akhir. Sebagai profesor, tugas saya sebanyak 0. Profesor Madya sekali, pensyarah kanan dua kali dan pensyarah biasa sebanyak tiga kali.


Selebihnya ia dibantu oleh pembantu pengawas yang dibayar elaun khas. Tidak banyak tetapi memadai untuk remaja yang baru lepasan SPM.


Beberapa hari yang lepas saya dimaklumkan jadual pengawasan yang perlu saya lakukan. Berapa? 10x! Lain padang lain belalang. Jadualnya pula sangat menarik, 4-6 petang dan 7-9 malam.


Saya fikir 5x akan terlepas solat maghrib dan Isya di Haram. 3x saya akan terlepas bersama Tok Sheikh Quran dan Guru bahasa Arab. Namun ia tugas hakiki. Ia perlu dilaksanakan.


Solat berjemaah bukanlah satu kesukaran. Jemaah silih berganti daripada masuk waktu sehinggalah semuanya reda. Kemudahan tempat solat yang kekal disediakan berhampiran dengan bilik-bilik kuliah dan tempat peperiksaan. Tempat berwudhu juga memang direka bersekali dengan keperluan bilik air. 


Saya memerhati keadaan. Kelihatan semua pengawas riang-ria. Ia seolah-olah bukan satu beban besar yang perlu digalas. Oppps… barulah saya tahu yang ia tugas yang dibayar elaun.


Dan 10x bertugas bersamaan gaji sebulan pensyarah berserta elaunnya.


Tetamu


Jam di belakang gambar sangat benar!


Malam tadi kami menerima tetamu yang sedang menghadiri konferens di Universiti Taibah. Alhamdulillah, ia nikmat Allah kerana dapat pula tinggal di belakang Haram ketika suasana di sini belum dibanjiri oleh tetamu dari seluruh pelusuk dunia.


Teh dan rakan-rakan hanya tiba di rumah ketika jam menunjukkan 10 malam. Itulah waktu yang boleh saya dan Roza luangkan. Saya bertemu mereka di Haram sekitar jam 9.30 malam selesai usai bertugas di kampus.


Meraikan tetamu Allah sangat-sangat menghiburkan. Ia ibarat terapi. Hilang letih seharian. Jadi saya selalu maklumkan kepada mereka yang membuat panggilan, janganlah selalu menyebut, "jika tidak menyusahkan Prof… sebut sahaja… kami ingin menziarahi prof dan keluarga". Alhamdulillah, saya sangat gembira dan akan berterus-terang sama ada ia boleh dilaksanakan ataupun tidak.


Dalam banyak keadaan kami cuba mencari ruang supaya kita dapat bertemu dan berkenalan. 


Saya lebih susah jika ada yang berjanji hendak bertamu tetapi pada saat-saat akhir menyatakan "minta maaf prof kami tidak dapat hadir kerana letih sangat…."


Saya ketawa bila Teh menyebut, "Prof saya kena bergambar dengan prof dan keluarga supaya kawan-kawan saya tahu yang saya datang ke rumah prof". OK… OK… kami bergambar 15 minit sebelum 12 malam waktu Saudi.


Semoga ia menjadi kenangan yang kekal abadi!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 26, 2011 14:05
No comments have been added yet.


Muhd. Kamil Ibrahim's Blog

Muhd. Kamil Ibrahim
Muhd. Kamil Ibrahim isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Muhd. Kamil Ibrahim's blog with rss.