Ini sambungan kisah. Pelajar saya yang mendapat C ju...


Ini sambungan kisah. Pelajar saya yang mendapat C juga menghubungi (saya sudah menjangka) dan bertanya dan bertanya mengapa grednya sedemikian buruk. Mendapatkan jawapan yang selayaknya untuk soalan itu, mengheret saya ke ruang pertelingkahan ini. Untuk sekian waktu, saya mencongak masa  dan bagaimana ia diuruskan. Saya sendiri masih dungu dengan kebodohan sendiri. Misalnya dalam bersahabat, saya masih tidak tahu batas waktu yang saya punya. Hujung minggu semua orang mahu masanya bersama keluarga. Apabila jam rasmi bekerja, lebih lebih lagi kita tidak ada minit untuk sahabat.  Saya memang tidak pandai menghitung saat atau jam yang ada antara kami. Ya, begitu menjawab soalan pelajar C, saya anjurkan, carilah masa untuk ruang perbincangan dengan pensyarah. Memang itu seharusnya berlaku di kampus. Pertukaran pandangan dan fikiran sebagai kaedah pdp. Saya menambah baris wa kepada mahasiwa itu, ingatan kepada guru bukannya bermusim menjelang peperiksaan. Usah letak syarat masa. Saya yakin dalam persahabatan juga begitu. Benar, tidak ada syarat, tidak ada musim.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 16, 2019 06:58
No comments have been added yet.


Mawar Safei's Blog

Mawar Safei
Mawar Safei isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mawar Safei's blog with rss.