Menjelang hujung tahun juga bermakna banyak lelah yang terkumpul dan banyak kesakitan yang terhimpun. Beberapa sahabat saya terpaksa dirawat untuk penyembuhan segera. Ya, harus kebah cepat sebelum tahun baru tiba dan ia perlu dijalani dengan sihat.
Saya sebenarnya pernah tidak mahu peduli dengan tahun baru masihi. Namun rupa-rupanya di Madinah, misalnya, tahun baru hijrah juga hampir tidak bermakna apa-apa. Baru saya sedar bukan hari, minggu mahupun tahun yang menjadi perihal yang mustahak. Ternyata yang lebih bererti adalah keazaman untuk menjadi lebih baik hari ini daripada semalam. Saya fikir itu antara pelajaran saya berdiam di dalam gua kelmarin. Dan saya mahu belajar lebih banyak menjelang tahun baru kali ini. Ya, saya akan masuk gua lagi.
Published on December 25, 2018 04:11