SIDANG MEDIA MENGUMUMKAN PENYAMPAIAN MEMORANDUM KEPADA YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA 17 OKTOBER 2018 • DI PARLIMEN
KAJI SEMULA AMAUN GAJI MINIMA. KAMI BANTAH KENAIKAN CUMA RM50!
Pagi ini (Jumaat) 12 Oktober 2018 sidang media penting telah di adakan oleh MTUC bersama wakil kepimpinan Gabungan Bantah 1050 untuk mengumumkan maklumat penyampaian Memorandum seperti di atas.
Anda sedia maklum bahawa YAB Perdana Menteri telah mengumumkan Gaji Minima baru seragam RM1050 di Semenanjung dan Sabah dan Sarawak.
Bagi Semenanjung, kenaikan Gaji Minima hanya RM50. Amaun ini adalah satu penghinaan kepada kaum pekerja di Malaysia yang telah menyumbang produktiviti mereka untuk menjamin keuntungan para majikan dan pembangunan negara.
Lebih 30 organisasi terdiri dari Kesatuan Sekerja, Organisasi dan parti politik akan hadir untuk menyerahkan memorandum dan menuntut kajian semula kenaikan RM 50 kepada jumlah yang lebih tinggi – RM 1,800.
Published on October 12, 2018 10:45