SESEBUAH filem sebagai medium visual bermula dengan teks, yang mengandungi sub-teks. Teks dalam filem lebih dirujuk sebagai lakon-layar. Membaca teks dan menonton teks yang telah diterjemahkan dalam bentuk gambar bergerak oleh pengarah tentu sekali berbeza. Terdapat semacam perbahasan antara pengamal filem siapakah lebih utama, pengarah atau pengarang teks (lakon-layar)? Selain itu terdapat kekeliruan juga sering berlaku, teks yang belum dimaknai di layar boleh sahaja menimbulkan kontroversi.
Say
Published on September 02, 2009 00:30