Tahniah Dr Radziah Mahmood dan Dr Halim Kadri.
Biasanya, saya akan bersama-sama mereka untuk meraikan kejayaan ini. Malah, jadual pagi dan petang ini dirangka bagi membolehkan saya turut serta. Ketentuan Allah tidak begitu.
Namun saya terlalu gembira dengan kejayaan mereka. Ia seolah-olah saya yang berhadapan dengan pemeriksa.
Radziah dan Halim, tahniah sekali lagi, moga menjadi Dr-Dr yang dikasihi Allah dan manusia sejagat. Itulah yang lebih penting yang mahu saya sampaikan ketika kita bersama.
Belayarlah dengan angin pedoman yang hakiki. Menuju destinasi abadi.
Published on October 27, 2011 00:57