Tetamu dari Riyadh
Hujung minggu di Malaysia.
Saya pula dipaksa berkursus di Hotel selama 5 hari. Bermula jam 4.30 petang hinggalah 8.30 malam. MasyaAllah, terlepaslah solat di Haram. InsyaAllah, solat berjemaah bersama rakan sekursus tetap diteruskan.
Jumaat merupakan hujung minggu di sini. Saya berada di Haram bermula jam 10.40 pagi. Sempat juga menyampaikan tazkirah kepada pasangan anak dan bapa mertua selama sejam. Alhamdulillah, saya fikir ia sangat lancar dan menepati apa yang ingin saya sampai.
"Pak cik, umur pak cik sudah 60 tahun lebih. Masa berbaki sangat suntuk. Apa lagi yang kita kehendaki? Biarlah ibadat haji kita menjadi sempadan perubahan iman. Kita perlu menjadi manusia yang lebih baik. InsyaAllah ia boleh dilaksanakan," saya sendiri mengalirkan airmata.
Saya benar-benar bersungguh menyatakan perasaan apatah lagi setelah melihat sendiri jemaah Malaysia yang sibuk membeli belah walaupun masa solat tidak sampai pun setengah jam.
Airmata mengalir melalui kelopak mata. Pak cik mengesatnya dengan hujung jari. Dan sebelum berpisah, saya peluk beliau serapat mungkin sambil berkata, "saya mohon maaf pak cik jika terkasar bahasa, saya doakan pak cik dan keluarga dianugerahkan haji yang mabrur".
Berlalu sehari lagi yang bermanfaat.
Usai solat Jumaat, saya menerima kunjungan Dr Rahim dan isteri (Dr Fariza) serta beberapa pelajar dari Universiti Madinah. Dr Rahim – saya anggap – seorang sahabat yang tidak pernah ditemui.
Kami sering berhubung melalui SMS, e-mel dan telefon. Namun kami tidak pernah bersua muka. Beliaulah yang menguruskan beberapa perkara yang memudahkan kedatangan saya ke Madinah.
Terima kasih Doc!

Dr Rahim (dua dari kanan) bersama pelajar dari Universiti Madinah
Mereka menerima hidangan istimewa daripada Chef Travelog Masakan: Ia Bukan Sekadar Resepi.
Pertama, ayam briyani dimakan dengan roti Arab berserta salad kentang (tiada dalam gambar, tidak sempat dirakamkan kerana ia selesai dimakan tanpa berbaki).
Kedua, Lasagna yang sangat istimewa.
Travelog Masakan: Lasagna dari Madinah
Ketiga, Coklat Cheese Puding, rupanya buruk tetapi sangat sedap…. he… he…
Travelog Masakan: Puding Coklat Keju
Akhir sekali, Tart Telur Madinah,

Travelog Masakan: Tart Telur dari Madinah
Muhd. Kamil Ibrahim's Blog
- Muhd. Kamil Ibrahim's profile
- 102 followers
