Tazkirah Haji

Jemaah Haji Malaysia memasuki Madinah untuk melaksanakan ziarah sebelum melakukan ibadat Haji. Ramai yang menyangka tujuan utama mereka datang ke sini adalah untuk menziarah kubur Nabi Muhammad (selawat dan salam kepada baginda, keluarga dan para sahabat).


Saya berpesan kepada Hisham, "Sham, ramai di antara kita yang datang solat di sini, kemudian berjalan melalui pintu Babu Salam ke arah pintu Baqi', melintasi kubur baginda, berselawat, memberi salam dan beredar pergi.


Setiap hari mereka datang melawat kubur baginda tetapi ironinya tidak lima waktu bersolat di Masjid ini. Malah banyak masa dihabiskan dengan berehat-rehat di hotel. Betulkan niat dan amalan kita".


Saya terkenang satu hadis sahih yang direkodkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud,


Daripada Abi Hurairah RA daripada Nabi SAW sabdanya: Tidak disyare'atkan pengadakan perjalanan (untuk tujuan beribadat) kecuali kepada tiga masjid: Al-Majid Al-Haram, dan Masjid Al-Rasul dan Masjid Al-Aqsa.


Maksudnya, ziarah (perjalanan) ke masjid Nabawi disyariatkan. Ia untuk kita beramal ibadat di sini. Pastikan kita melaksanakan amal ibadat semaksimum mungkin kerana anugerah seumpama ini tidak kedapatan di tempat-tempat lain.


Malah satu hadis yang melekat di hati saya yang telah diriwayatkan oleh Abu Darda dan direkodkan oleh Al-Baihaqiy yang bermaksud,


Fadhilat solat dalam Masjid Al-Haram sama dengan 100 000 solat (dalam Masjid yang lain) dan fadhilat solat dalam Masjid Rasul (Masjid Nabawi) sama dengan 1000 solat (dalam Masjid lain selain Masjid Al-Haram) dan solat dalam Masjid Al-Aqsa sama dengan 500 solat.


Alhamdulillah, ketika berada di Madinah, kita juga berpeluang melawat kekasih Allah, insan yang kita cintai, dan ketika berselawat kepadanya kita berasa benar-benar hampir (walaupun telah diceritakan di mana-mana sahaja kita berselawat kepada baginda, para malaikat juga turut berselawat dan kita dijanjikan dengan pelbagai kelebihan).


Malah ada orang berkata, "saya suka mengucap di sini, seolah-olah saya berikrar betapa tiada Allah yang aku sembah dan Nabi Muhammad itu pesuruhNya sambil diperhatikan oleh baginda".


Sungguh, kita terasa benar-benar hampir.


Namun hakikat yang perlu lebih dijelaskan, perasaan hampir dengan baginda bukanlah kerana berada di masjid ini tetapi dengan melaksanakan sunnah baginda misalnya dengan solat berjemaah. Apalah yang hendak diagongkan berada di Madinah jika solat lima waktu pun tidak mampu untuk hadir ke masjid kerana kita membesarkan tidur atau rehat yang berpanjangan.


Saya nyatakan kepada Hisyam, "cabaran ini menjadi lebih ketara buat jemaah haji yang datangnya lebih awal – KT01, KT02, KT03 – yang akan beredar menuju ke Mekah. Masa panjang sebelum wukuf di Arafah dihabiskan di hotel, shopping, bersembang dan pelbagai kegiatan lain yang tidak menjurus untuk melatih diri menjadi manusia yang lebih baik selepas menunaikan fardhu haji".


Jika sayang dan cintakan baginda, ikutlah apa yang disuruhnya, apa yang diamalnya dan apa yang diajar oleh baginda.


Allah… ya Allah… aku mohon keampunan Mu jika aku tersilap ya Allah. Aku berpesan kepada diri ku kepada para sahabat ku dan kepada muslimin dan muslimat supaya kami hampir kepada Mu ya Allah.


Tetamu di rumah kecil di Jabal Ohud


Inilah tetamu pertama – jemaah haji Malaysia – yang sudi berkunjung ke rumah. Pasangan suami isteri – Siti Radziah – tinggal di Putra Jaya. Mereka pembaca buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman.


Tiada apa yang dapat kami hidang, hanya air istimewa Lemon Nak-Nak, roti Arab, dalca daging, teh pudina dan kek coklat kurma. Kami mendoakan mereka mendapat haji yang mabrur.


Gembira jemaah haji


Ia makan malam yang ringkas


Travelog Masakan: Kek Coklat Kurma dari Madinah

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 02, 2011 10:24
No comments have been added yet.


Muhd. Kamil Ibrahim's Blog

Muhd. Kamil Ibrahim
Muhd. Kamil Ibrahim isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Muhd. Kamil Ibrahim's blog with rss.