Tidak Faham Berhumor
Masalah paling utama pada sebilangan ahli akademik ialah kejahilan mereka untuk berhumor. Dan saya tidak faham mengapa. Kata-kata mereka seperti buku teks.
Mereka selalu berperwatakan serius dengan pakaian pejabat dan berkaca mata. Apabila berada pada era bermasyarakat di laman maya, sering saya membaca status-status FB mereka yang kedengarannya seperti pesan dalam bilik kuliah. Sungguhlah membosankan.
Kemudian Nimoiz TY menerbitkan buku puisi jenaka. Saya membeli dua naskhah, Sudah terlalu lama kita menganggap karya sastera itu bersifat berat, rumit dan menyulitkan pemahaman. Maka, kehadiran buku Nimoiz TY mengurangkan bukan sedikit tekanan yang dipikul kesusasteraan selama ini.
Peminat-peminat laman FB tidak semuanya orang-orang yang tidak memegang buku. Atau buta pada peristiwa semasa.
Apakah akan jatuh imej dan keperibadian ilmiah seseorang ahli akademik jika sesekali berhumor? Keseriusan dan kepekatan elemen serius yang dipegang oleh ahli akademik itu, rupa-rupanya terus ditunjuk di pasaraya, misalnya. Malah ketika menekan butang lift tetaplah wajah mereka seperti sedang memberi ceramah bioteknologi. Dan itu pun saya kurang mengerti untuk apa.
Alangkah keringnya hidup sedemikian. Seumpama kertas dan kulit buku yang berkedut. Dan seandainya sesekali ahli akademik itu hendak berhumor, alangkah terasa janggal dan kosong kesannya. Dan kaedah berhumor itu tidak perlu mengikut lawak-lawak tempatan yang kita maklum tidak berkembang standardnya. Tidak salah jika ahli akademik ini berbaring di depan televisyen pada petang sabtu dengan menonton siri animasi SpongeBob Square Pants, sekali-sekala.
Dunia semakin keras di luar sana, wahai cendiakawan sekalian.

Published on August 05, 2011 20:22
No comments have been added yet.
Roslan Jomel's Blog
- Roslan Jomel's profile
- 25 followers
Roslan Jomel isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.