Yang Mulia

Terima kasih


Mereka bersusah payah "melayarkan" saya ke Brunei. Tempat tinggal kami di "premier" hotel Rizqun, hotel lima bintang bertaraf antarabangsa. Sanggup pula mereka mengambil 5 hari cuti tahunan semata-mata untuk menjadi pegawai pengiring.


Setiap kali solat subuh, merekalah yang akan menjemput kami ke masjid. Dapatlah kami merasa solat di Masjid Jame' Asri' Hassanal Bolkiah. Juga, merasai kenyamanan Masjid Sultan Omar Shaifuddin di tengah-tengah bandar Seri Begawan.


Misi mereka mudah, "Mahu bawa Prof Kamil ke Brunei supaya orang Brunei dapat dengar Prof bercakap".


Saya berceramah sebanyak lima kali. Kecuali di Kuala Belait, tuan rumah terpinga-pinga bagaimana saya boleh hadir di tempat mereka. Mereka tidak tahu siapa yang membiayai kehadiran saya.


Malah TV Brunei membuat liputan pada salah satu ceramah dan disiarkan melalui Berita Nasional. Gembira saya melihat jurukamera TV Brunei yang sepatutnya hanya datang mengambil beberapa shot dan pulang.


Beliau kekal bersama kameranya dan terpaksa pula menukar bateri dan menunggu sehingga ceramah selesai. 


Di sini, bahasa Melayunya sangat indah. Mereka memanggil saya, "Yang Mulia Profesor Dr Muhd Kamil Ibrahim". Di sana-sini terpampang kata-kata "Daulat Ke bawah Duli Tuan Patik" sempena dengan keputeraan Sultan Brunei.


Namun yang paling mulia – di antaranya – pasangan yang hanya mahu berdiam diri di atas kerja-kerja amalnya. Semoga Allah memuliakan mereka di dunia dan akhirat.


NotaMKI: Berlayar digunakan untuk menaiki kapalterbang!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 29, 2011 19:14
No comments have been added yet.


Muhd. Kamil Ibrahim's Blog

Muhd. Kamil Ibrahim
Muhd. Kamil Ibrahim isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Muhd. Kamil Ibrahim's blog with rss.