Mencemuh agama tidak semestinya dengan cara melukis kartun Rasulullah saw, tidak juga hanya dengan cara menulis novel memaki hamun baginda. Ada banyak cara memaki agama. Mencemuh agama boleh sahaja dengan berprasangka. Tambah pula yang berprasangka tidak ada kelayakan. Saya belum marah bila diberi 'syarat tambahan' kerana sudah lali dituduh sesat; saya lazim dicekak kolar leher, biasa sudah disergah janji yang dimungkiri, pernah dihakimi. Tetapi, saya boleh menjadi sangat marah apabila mendapat
Published on August 17, 2009 06:17