"Dah tu, terima ajelah. Apa yang opah mintak tu bukan tak boleh pun kau nak buat, kan? Pejam mata aje boleh terima apa." Hafidz kemudian gelak-gelak perlahan dengan kata-katanya. Tambah bila Seri jegilkan mata macam nak terkeluar kepadanya atas pilihan ayatnya tadi."Nak kena sekeh jugak kau ni kan. Kahwin tu perkara pejam mata aje boleh terima ke?" Seri bersuara geram. Hafidz ni kalau bercakap, mulut lupa tol! Aci langgar aje tanpa bayar. Nasiblah Genelia tahan.Hafidz gelak lagi. Puas gelak, dia seriuskan pula muka. "Okeylah, bukan pejam mata aje boleh terima. Tapi, bukak hati aje mesti boleh terima punya. Kau aje yang tak nak bukak. Tutup. Mangga. Gari. Macam mana hati tu nak bukak?"
Published on March 07, 2016 04:59