RIDZWAN geleng-geleng tengok Seri yang berpeluk tubuh sambil tayang muka ketat kepadanya. Tunjuk tak suka dan tak puas hati. “
It’s not my call,
Seri.”“Tapi, paling kurang pun
inform saya. Saya
in-charge bahagian sumber manusia, tapi kenapa saya tak tau pasal dia akan jadi pengarah kewangan Dual Ridz?” Seri persoal balik benda yang dia masih tak puas hati sampai sekarang. Tetap balik pada kenapa dia tak tahu sampailah hari ini, bila lelaki itu tiba-tiba muncul dan kena ‘tikam’ dengannya.“Ayla uruskan semua tu. Saya sendiri tak tau, Seri, siapa yang ambik jawatan tu.
All is done by my brother. Ridzman yang uruskan dengan bantuan Ayla. Saya atau Hafidz...” Ridzwan kerling Hafidz yang duduk di sebelahnya kemudian gelengkan kepala. Tanda mereka tak tahu dan sesungguhnya mereka tak bersubahat.
Nak baca lagi?
Jangan lupa dapatkan Suami Selepas Deadline yang telah pun terbit!
#SuamiIsteriTerbitan: Penerbitan Fajar PakeerHarga: RM21.00 / RM24.00
Published on April 01, 2016 06:51