Biarlah begitu….

Adik perempuan  – salah satu watak utama Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman – akan melangsungkan perkahwinannya di Besut pada Hari Raya kedua nanti.


Saya walinya dan InsyaAllah bercita-cita untuk menikahkan beliau dengan pasangannya. Semalam saya bertanya,


"Na ada berjumpa dengan tunang?"


"Tak ada abang. Jumpa hari tulah… masa ada majlis di rumah Wan"


"Ada telefon?"


"Adalah sekali-sekala… bincang pasal buku… kalau ada yang spesifik pasal majlis nanti…"


"Baguslah… biarlah begitu. Jaga diri baik-baik".


Pertunangan hanyalah satu tanda yang mereka sudah berjanji – melalui keluarga – untuk bersama. Ia bukan tiket untuk ke hulu dan ke hilir atas nama suatu ikatan.


Pesan saya kepada adik yang satu ini sangat jelas, "kalau Na fikir ia berdosa, jangan lakukan. Biarlah apa orang kata, paling penting apa yang kita mahu lakukan. Dan biarlah ia kerana Allah semata-mata".


Saya juga bersyukur kerana bakal adik ipar juga mempunyai pendirian yang sama. Di FB, kawan-kawan beliau hampir 5000 ramainya. Beliau sendiri mempunyai peminat yang ramai.


Menariknya, beliau "mencari" saya untuk mencari jodoh. Begitulah, jodoh pertemuan di tangan Allah. Mudah-mudahan majlis akan berlangsung dengan damai sekali.


Jemputlah ke rumah kami pada 2 hari raya di Jalan Batu Tumbuh, Alor Lintang, Besut Terengganu. Sampai di Masjid Alor Lintang, berhadapan dengan Sekolah Menengah Tengku Mahmood, tanyalah saya di talian 0193154444.


Port Dickson


Malam tadi kami diraikan oleh Fakulti Perakaunan, UiTM Johor. Tempatnya di Hotel Selesa Port Dickson.


Terima kasih atas ingatan. InsyaAllah hubungan akan terus berkekalan. Pertama, mungkin sebagai penilai luar untuk proses kenaikan pangkat profesor atau profesor madya.


Kedua, mungkin juga sebagai pemeriksa luar kepada bakal-bakal calon yang sedang belajar di peringkat PhD.


Ketiga, saya menjemput mereka untuk berkunjung ke rumah bagi menikmati – sekurang-kurangnya – Teh Arab. Jika Roza sudah mahir dengan "nasi mandy", InsyaAllah mereka boleh merasainya di sana.


Maksud saya, hubungan ketika menunaikan fardhu haji dan umrah.


Keempat, saya katakan kepada mereka, "saya sudah tua. Sudah lama tidak mengajar banyak subjek… kalau saya minta nota, tolonglah hantar….".


Tentu sekali mereka tersenyum simpul.


RM12000


Jumlah sumbangan terkumpul untuk anak yatim yang kami kelolakan sempena idil-fitri tahun ini sudah mencecah jumlah tersebut. Apa lagi yang boleh kami ungkap kecuali, "terima kasih dan semoga ia mendapat redha Allah".


Sekali lagi kami ingin maklumkan yang jumlah tersebut sudah mencukupi dengan apa yang kami rancangkan.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 09, 2011 18:35
No comments have been added yet.


Muhd. Kamil Ibrahim's Blog

Muhd. Kamil Ibrahim
Muhd. Kamil Ibrahim isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Muhd. Kamil Ibrahim's blog with rss.