Notis
InsyaAllah, malam ini saya akan berada – kuliah Maghrib – di Masjid Paya Bungor. Saya dimaklumkan masjid ini 30 minit perjalanan di antara Gambang - Maran di Pahang.
Hubungi Cikgu Fazlin Idris di talian 0139847606.
Pagi Sabtu, jam 9.00 pagi, saya akan bersama para pelajar, ibu bapa dan guru-guru di Sekolah Kebangsaan Belimbing Dalam, Melaka. Katanya di kawasan Durian Tunggal.
Hari Ahad, 20 orang pelajar EMBA dan keluarga melakukan kunjungan ke Ar-Raudhah barangkali mahu mengucapkan selamat jalan kepada saya dan keluarga. Di sebelah malam, majalah I akan mengadakan sesi temubual untuk slot keluarga pilihan.
Bulan Julai adalah bulan perpisahan. Ada 22 majlis yang perlu saya hadiri tidak termasuk tazkirah mingguan UiTM Johor. Ramai yang telah membuat jemputan tetapi terpaksa ditolak.
Namun dua program utama yang sangat-sangat saya teruja ialah slot 4 jam ceramah khas haji di Surau Al-Furqan, Puncak Alam. Ia akan diadakan pada 23hb Julai bermula jam 8.00 pagi. Kemudian di sebelah petang, saya akan menghadiri rakaman slot Ramadhan TV Al-Hijrah, terbitan Karyawan Bistari.
Slot kosong?
Pada 19-20hb Julai saya akan berada di UiTM Tapah. 19hb malam, jika ada masjid atau surau di kawasan Tapah (hanya kawasan Tapah) mahu menjemput saya untuk menyampaikan kuliah Maghrib, InsyaAllah saya sudi.
Muhd. Kamil Ibrahim's Blog
- Muhd. Kamil Ibrahim's profile
- 102 followers
