Puji serta syukur yang seluas-luasnya, setinggi-tingginya dan sebanyak-banyaknya hanya untuk Allah. Syukur atas syukur, kini buku
Seni Bahasa Badan berada di tangan pembaca yang budiman.
Inilah buku pertama di Malaysia berkaitan bahasa badan sepenuhnya. Tajuk paling hampir ialah Bahasa Badan Dalam Percintaan tulisan
Abdullah Hassan dan
Ainon Muhamad terbitan Fajar Bakti (kini
Oxford Fajar). Satu lagi ialah Memahami Gerak Geri tulisan Mohd Fauzi Jaafar terbitan Syarikat S Abdul Majeed.
Ilham asal penulisan tajuk ini datangnya daripada Tuan
Mazni Al Irfan Jani yang bergeliga orangnya. Pada waktu itu beliau masih bersama tim hebat
PTS Professional. Beliau cergas menjengah lompong ilmu dalam bidang komunikasi, terutama dalam bahasa Melayu. Namun cabaran yang beliau lontarkan kepada penulis memerlukan masa setahun direalisasikan.
p.s.: Insya-Allah buku akan terbit pada pertengahan April. Tuan puan jangan menyesal jika tidak sempat membaca buku ini. Tinggalkan komen untuk membuat pra-tempah.
Published on March 30, 2011 15:26