Jemu Yang Terpaksa
JEMU YANG TERPAKSA
Sudah tiga kali Jumaat (25hb Mac- 9hb April 2011) bermukim di Wad CRW Hospital Pulau Pinang sangat menjemukan. Ia bukan satu pengalaman pahit tetapi keterpaksaan yang menjemukan.
Terima kasih kepada kawan-kawan yang telah menunjukan ukhuwah Islamiah bersama iringan doa minta cepat sembuh. Mereka ziarah tak henti-henti, termasuk Dr MAZA mantan Mufti Negeri Perlis. Bosan membaca buku kali ini. Buku 'Jihad Terlarang' hanya sempat dibaca beberapa helai lalu disedekah kepada Us.Takiyudin Hamzah yang berada dalam wad yang sama.
Ust Takiyudin
Apa lagi yang perlu dilakukan dalam letih dan suasana kiri kanan terdiri dari mereka yang perlu menyambung hidup. Manakala saya tidak dijanjikan dengan 'date' yang memberi harapan bila saya dapat keluar. Mematuhi kata-kata Datuk Dr. Hamzah yang saya dapat tahu dia yang akan proses pembedahan, agar saya terus berada dalam rawatan dan terus melakukan pembedahan dalam masa terdekat, maka saya bertahan dengan penuh bosan.
Novel terbaru yang baru siap setebal 299 muka bertajuk 'MANDALA DUNIA KE DUA' mujur menjadi peneman. Untuk edit kali ke 8 dan terakhir dapat juga dilakukan secara penyegan. Alhamdulillah rasanya sempat habis sebelum bedah. Jika hayat saya pendek, barangkali inilah novel terakhir saya.
Hospital rupanya bukan institusi menempah kematian, tidak juga jaminan menyambung hayat. Di sini adalah institusi ikhtiar bagi rakyat sesebuah negara. Saya melihat perbelanjaan dari sekecil-kecilnya hingga perkara besar seperti sehelai tisu tandas kepada bayaran nilai nyawa bukan ribuan belanja dalam sebulan.
Jika perbelanjaan ini memang benar hasil dari wang rakyat, maka saya sangat percaya mereka yang dicempung papah, yang disorong dari kerusi roda dan dari mana saja mereka datang, sebahagian besar adalah wang mereka; dari cukai dan hasil, dari titik keringat mereka sendiri.
Tapi bukan semua rupanya rakyat mesti dapat percuma walaupun dia seorang pekebun sayur yang taat membayar cukai. Ada masa dan ada ciri-ciri sakitnya yang dikena bayaran hatta ke tahap hayat terakhir.
Tapi yang sangat jelas belanja pengurusan dan perubatan sesebuah hospital tersangat besar dan pengorbanan kakitangannya bermula dari pemungut sampah hingga kepada pengarah tidak ternilai.
Saya dapati ada dua pertarungan jika berada di hospital. Bagi si kaya yang tidak ada masalah kewangan kerana mereka mampu membeli sebuah nyawa. Sejak ia di sorong masuk ke wad kecemasan, dia bukanlah dalam keadaan cemas. Ia seolah-olah mampu membeli semua urusan dalam wad. Dia hanya berkata 'ok' jika ribuan material yang diperlukan untuknya.
Lain bagi Balasunderam. Dia dicempung oleh anaknya masuk wad di tengah malam. Berbadan kurus cengkung, Bala mengaduh setiap waktu. Dia ingin membeli secebis kelegaan dari hospital yang dia yakin kepunyaan rakyat sepertinya. Dia mempertaruhkan wajah belas kasihannya kepada jururawat, kepada doktor. Kemudian apabila pihak pengurusan memberitahu dia perlu menyediakan RM30K harga tiga gelang untuk jantung tersumbat, Bala terbeliak mata. Mulutnya berbuih.
Doktor yang mengubatinya, memandang sayu. Mahu diberitahu harga itu bukan harga darinya dan barang itu bukan kepunyaannya. Dia hanya menjalankan tugas.
Akhirnya Bala mengaku akan berusaha tapi bagaimana? Masakan RM30K untuk membeli tiga gelang mahu dia membuat iklan memohon derma simpati.
Balasunderam adalah di antara ribuan pesakit yang mengalami nasib buruk di dalam negara yang rakyatnya +- 25 juta, yang taraf miskin tegar semakin berkurangan.
Dan dalam masa yang sama rakyat boleh menyaksi kehilangan lebih RM100 juta dari kakitangan / pegawai kastam. Tidak ada seorang rakyat yang menangis apabila ada pegawai yang rasuah sebanyak RM1 juta. Seorang menteri terus menyedut asap cerutnya apabila tahu YBnya didapati rasuah.
Apakah ada seorang Balasunderam yang mampu berkata kepada doktor bedahnya, mengapa RM30K untuk tiga gelang mengubati saya tidak boleh diambil dari saku mereka yang menipu kementerian, menipu jabatan atau tarik sekeping dua dari belanja membuat video fitnah?
Ternyata doktor yang penuh dengan etika itu tidak menjawab. Tapi itulah gaya hidup sebahagian rakyat. Mereka sanggup memungut duit syiling dari lori terbalik daripada mengangkat derebarnya yang tersepit. Mereka memang membantu mangsa kemalangan tetapi yang hilang dompet duit mangsa.
Kemudian ada yang tertekan untuk melaksanakan undang-undang lalu dibelasah seorang murid hanya kerana disyaki mencuri RM5 sedangkan di mahkamah besar berlaku ketidakadilan dari pemegang undang-undang itu sendiri.
Demikian apa yang berlaku. Seorang pesakit akan terus menderita sakit dan rakyat juga terus sakit dan inilah yang dikatakan jemu yang menyakitkan.
-Wad CRW Penang 9hb April 2011

Published on April 08, 2011 19:55
No comments have been added yet.
Azizi Abdullah's Blog
- Azizi Abdullah's profile
- 117 followers
Azizi Abdullah isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.