Al-Fatihah, Masyarakat yang jahil tidak akan menyokong perlaksanaan Islam
Al-Fatihah
[image error]
Al Fatihah. Kita merasakan kehilangan sosok pejuang ini. Kali terakhir berjumpa seingat saya beberapa tahun lepas. Wajah bersih yang memantulkan seorang tua yang berwibawa. Selepas Haji Sakib, kini ayahanda Mbok Masek pula. Dia sudah pergi sebentar tadi. Dia pejuang keturunan Bugis yang sangat tawadhu', pemurah, peramah, jelas aqidahnya, tinggi akhlaqnya, indah ibadahnya, mulia perjuangannya. Kita semakin sunyi dari orang-orang soleh seperti ini
Terlepas pandang lagi. Rupanya Kak Rohana (PASTI) Lembah Pantai telah meninggal dunia. Dia wira tidak didendang mengucur keringat membangunkan prasekolah jemaah. Meninggal dengan pakaian sukan pasti yang masih tersarung dibadan. Mendidik dengan ikhlas walau tanpa imbuhan yang tinggi. Moga Kak Ana, berbahagia di alam sana. Saya selaku bekas Ketua Lembah Pantai akan sentiasa mengingati seorang guru yang berbakti. Al-Fatihah. Kak Rohana, 46 tahun meninggal akibat kegagalan jantung. Dia antara sesepuh PASTI Lembah Pantai dan hari ini saya menghitung dan menghitung teman-teman yang telah kembali.
Masyarakat yang jahil tidak akan menyokong perlaksanaan Islam
Awan tiris lagi di petang ini. Menghantar air rahmat, memulakan perjalanan ke Bangi untuk pestabuku dan Kuliah Maghrib di Masjid TJ. Debu fitnah yang sedang menyebar ini kita redam dengan bilasan air jernih. Ingat teman! Masyarakat yang jahil tidak akan menyokong perlaksanaan Islam. Jom teman, cerdaskan bangsa kita yang sedang tersenyum bahagia mendengar kisah lendir melekat dibirai katil. Kisah-kisah lendir itu sentiasa mewarnai langit sejarah orang Melayu. Sulalatus Salatin dengan Hang Tuahnya, Sultan Mahmud, juga Mahsuri yang akhirnya menderita di Langkawi. Al-Quran bercerita tentang Nabi Yusuf, Aishah.
Riduan Mohamad Nor's Blog
- Riduan Mohamad Nor's profile
- 57 followers
