Hijrah

Perbincangan bersama pelajar PhD di Hotel UiTM, Shah Alam. Mereka berada di garis penamat. Turut serta Dr Haslinda dari HEA.


Salah satu impian yang tidak pernah surut ialah keinginan untuk berhijrah ke Mekah atau Madinah. Jika diberi pilihan, Madinah yang utama, diikuti dengan Mekah.


Impian merupakan satu doa. Doa yang berterusan bersekali dengan usaha akan dimakbul Allah, InsyaAllah.


Hijrah kerana Allah sentiasa membawa kebaikan. Itulah janjiNya. Rasulullah (salawat dan salam kepada baginda, kaum keluarga dan para sahabat) berhijrah ke Madinah ketika usianya 53 tahun. Ia mengambil kira selepas 13 tahun berdakwah di Mekah.


Saya pernah menyuarakan impian ini kepada para pelajar PhD saya. Tujuannya satu. Saya mahu mereka bersedia, tidak main-main dan tekun menyiapkan tesis PhD mereka bagi menghadapi kemungkinan tersebut.


Mereka bertanya, "bila prof?"


Ia tidak berjawab.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 31, 2011 14:29
No comments have been added yet.


Muhd. Kamil Ibrahim's Blog

Muhd. Kamil Ibrahim
Muhd. Kamil Ibrahim isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Muhd. Kamil Ibrahim's blog with rss.