Ada Yang Percaya Ia Adalah Imam Mahdi



Ia dirakam di Dataran Tahrir, Kaherah tika puncaknya 'revolusi Mesir'. Petikan video ini memaparkan 'seorang penunggang kuda' pada minit ke 0:05. 'Penunggang kuda' tersebut menuju ke jihat langit lalu ghaib. Ada yang mengatakan ia adalah malaikat Jibrail yang berkuda. Ada yang mengatakan ia adalah Imam Mahdi dan kudanya. Ada yang tidak percaya apa-apa. Ada pula yang mengatakan ia satu efek buatan. Seorang teman saya mengatakan mustahil ia adalah Imam Mahdi, kerana jika ia Imam Mahdi, baginda sepatutnya muncul di Bahrain. Saya tidak bersetuju dengannya, mengapa pula Imam Mahdi tidak boleh menjelma di tengah hiruk pikuk penganut ahlus sunnah wal jamaah yang tekad menjatuhkan pemerintah zalim dan korup seperti Mubarak. Bukankah Imam Mahdi wataknya penuh keadilan? Dan seperti nendanya, ia membawa keadilan untuk semua.

Saudara, saudara percaya yang mana?

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 29, 2011 05:41
No comments have been added yet.


Faisal Tehrani's Blog

Faisal Tehrani
Faisal Tehrani isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Faisal Tehrani's blog with rss.