Semangat Yang Hilang
      Kelahiran kumpulan cerpen sulung, Kimono Ungu Bersulam Bunga tahun lalu, selain menggembirakan kerana saya tidak perlu lagi mendengar rungutan "susah membaca cerpen eceran yang sekejap-sekejap terbit di sana-sini" (macamlah banyak sangat pun!), tetapi sebetulnya turut memberi kesan sebaliknya.
Dengan terkumpulnya cerpen-cerpen yang ditukangi lantas disiarkan di media sepanjang dua tahun lebih mengarang secara serius, kesempatan meneliti karya sendiri secara 'sepadu' menyedarkan saya tentang gaya kepengarangan yang 'seacuan.' Malah, saya mula berasa stagnant, dan mengeluh apabila cuba menukang cerpen baru. Saya jadi letih, kerana formula yang terbukti mendapat tempat di media itu sudah ada.
Komentar yang diterima para pembaca juga banyak menyedarkan. Ramai yang mahu melihat saya memperhalusi tulisan, agar tidak keras tanpa seni dan jiwa. Ingatan itu sering hadir setiap kali saya memetik kekunci, sehingga saya melakukan self-censorship tanpa belas kasihan. Oh, tak apa. Belum masa apa-apa yang tergantung itu disempurnakan sebagai sebuah karya. Mungkin akan ada olahan yang lebih baik pada masa hadapan.
Tetapi saringan kendiri ini kerap membuat saya menyoal kemampuan diri. Saya pernah menyoal diri sendiri - kiamatkah dunia jikalau saya melepaskan dunia penulisan? Tentunya tidak, it's business as usual kalau saya mati esok hari pun. Namun, ajal saya mungkin masih jauh, bolehkah saya hidup dengan tidak menulis?
Oh, tentunya tidak.
Saya sering teringat akan pesanan Isa Kamari agar tidak terlalu meletakkan sekatan dalam menulis. Ya, benar. Jika terlalu berpantang-larang, terlalu mengejar kesempurnaan, bagaimana mungkin karya akan subur? Bak kata SM Zakir lewat program Borak Buku Januari lalu, sastera yang sempurna itu adalah sastera yang tidak sempurna. Dan Nisah Haron juga bukan sekali menegaskan - belasah saja (menulis)! Serta saya suka sekali kata-kata Salina Ibrahim, seseorang penulis tidak akan mampu memuaskan hati semua orang. Maka saya terfikir, lebih baiklah saya memuaskan hati sendiri.
Terima kasih kepada seorang pembaca Kimono Ungu, kerana komentar anda menaikkan semangat saya yang redup kebelakangan ini. Saya manusia biasa; kadang-kala, saya perlukan kepastian bahawa perjuangan saya di landas yang sepatutnya!
  
"Walaupun cerpen-cerpen di dalam buku ini kedengarannya amat sarat dengan hujah-hujah, fakta-fakta, sejarah-sejarah, namun pelbagai lambakan ilmu itulah yang bakal meninggalkan kesan mendalam terhadap pembaca. Kesan itulah sebenarnya yang wajar ditinggalkan penulis yang menulis dalam genre cerpen ini."
        Published on March 21, 2011 07:18
    
No comments have been added yet.