Jenazah Ahmed Abdullah Hassan

Ahmed Abdullah Hassan baru awal 20an. Berasal dari bandar Hamad Town di sebuah kampung kecil bernama Al Diah di Bahrain. Beliau dibunuh tentera Saudi beberapa hari lalu setelah tentera Saudi dijemput Hamad bin Isa al-Khalifa datang ke Bahrain untuk menghapuskan tunjuk perasaan revolusi ala Mesir. Seluruh dunia mendiamkan diri terhadap pembunuhannya. Ini kerana dalam Islam (versi pembunuh), menyembelih manusia tidak bersenjata tanpa dosa adalah dibenarkan.








Oleh kerana itu Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Turki mengatakan apa yang terjadi di Bahrain hari ini adalah 'Karbala Moden'. Kata Erdogan, "Our stance is clear. We do not support oil wells; we support people, we support nations, we support democracy, we support peace, we support brotherhood. We scream out loud that a brother should not kill his brother."

Baca kenyataan Qaradhawi yang berbeza dengan Erdogan, di sini. Pendirian beliau adalah selaras dengan pendirian Amerika Syarikat, lihat sini.

Juga tontoni video tentera Saudi menggilis dan menggelek berkali-kali Issa Reza al Rezda sehingga beliau meninggal dunia, klik sini.
Sebuah monumen di bulatan boleh diruntuhkan untuk memadamkan simbol perjuangan. Akan tetapi orang yang mengenal sejarah Karbala akan mengetahui, semangat jihad tidak terletak pada konkrit tetapi pada kesyahidan.


Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 19, 2011 07:58
No comments have been added yet.


Faisal Tehrani's Blog

Faisal Tehrani
Faisal Tehrani isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Faisal Tehrani's blog with rss.